Thursday, December 31, 2009

biografi seekor tikus

(sambungan)

Setelah penat mencuba lalu si Labu kuburkan sahaja harapan bersekolah nya. Dia serik kerana sudah beberapa kali nyawanya hampir diragut makkluk tuhan yg lebih besar. Lalu kerja sambilannya sekarang adalah menolong ibunya mencari rezeki untuk keperluan mereka sekeluarga. Akhirnya keperluan mereka stabil untuk beberapa bulan mendatang. Mereka dapat tempat tiggal yang selamat, dapat berteduh dari hujan panas, dan dapat melindungi diri dari pemakan dan musuh musuh mereka.

Bagi ibu si Labu, Labu masih lah anak kecil. Belum patut berkerja sebegini kuat untuk menampung keperluan makanan dan tempat tinggal mereka. Jadi, sementara si Labu tidur di malam hari, ibunya pergi keluar mencari makanan untuk keesokan hari nya. Alangkah sayangnya si ibu tikus ini kepada anaknya. Akan tetapi dalam kegigihannya itu, terselit demdam tidak berasas oleh kau kaum umat manusia yang lain. Biarpun mereka tidak punya kuasa apa apa. Namun mereka tetap tidak menyukai kaum Labu, lagi lagi ibunya. Kerana apa, kerana ibunya seorang pencuri. Kalau benarlah ibunya seorang pencuri, kenapa ia tidak ditangkap polis? Kenapa tidak dipenjarakan? Kenapa tidak dipotong tangan? Kenapa dibunuh terus? Kenapa manusia yang mencuri tidak di gam badannya? Kenapa manusia yang mencuri tidak di kurung dalam perangkap? Tidakkah itu tidak adil? Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, pasti boleh berfikir. Pasti dapat.

Lalu ada sampai masanya, ibu si Labu jatuh juga ke dalam tangan manusia. Dia terperangkap di dalam perangkap yang mengepit pinggulnya. Perangkap itu bergerigi dan ia diperbuat dari besi. Dengan daya seorang wanita bergelar ibu tunggal, Minah gigih kan hati dan kekuatan kerana dia tahu ada yang memerlukannya di rumah esok pagi. Kerana dia tahu akan tugasnya sebagai seorang ibu yang punya anak yang masih membesar.

Minah berjaya terlepas. Namun mungkin isi perut dan pinggul sudah hancur. Mungkin berfungsi, namun nyawa nyawa ikan. Darah mengalir dengan ligatnya, berlumba lumba mahu keluar dari tubuh Minah. masa ini, Minah hanya mampu kuatkan hati dan tangannya untuk mengesot sejauh mungkin menghala ke rumah. Dia kuatkan hati. dan hampir saja sampai di pintu rumah, maka muncullah seekor bidadari berwarna putih membawanya terbang. Minah berasa sangat selesa dan ringan. Namun dia menangis, apa yang dia nampak, Jasadnya yang hancur remuk, terbujur di hadapan pintu rumah.

Sekarang, dia hanya mampu berdoa untuk yang terbaik buat Labu. Supaya Labu tidak sedih. Supaya Labu akan cukup makanan. Kerana Labu bukan bersekolah, tiada siapa mahu ambilnya berkerja, melainkan di makmal perubatan. Kerjanya membunuh diri, atau bahan cubaan ubat dan virus. *tamat*

Monday, December 28, 2009

biografi seekor tikus

Tahun baru itu lahirnya seekor mamalia. Dia seekor bayi tikus yaang indah. Lawa parasnya, lebat bulunya, sekata warnanya', dan halus misainya. Dia berwarna kelabu krim. Namanya Labu. Dia dilahirkan ke dunia sebagai anak yatim piatu. Tidak berayah kerana mati dalam kemalangan. Badan bapanya habis digilis tayar kereta kerana ingin menyelamatkan ibunya yang sedang sarat mengandung satu tahun yang lalu. Namun kematian seornag bapa itulah membuatkan ibunya tabah dna kuat sepanjang waktu membesarkan Labu. Ibunya tidak pernah mencari pengganti kerana sayang akan bapanya. Begitu indah cinta mereka. Hanya Tuhan dan mereka yang mampu membayangi saat saat indah itu.

Kini sudah genap setahun umur Labu. Ibunya, Minah tidak pernah putus putus berusaha mencari rezeki dan makanan untuk membesarkan anak tunggalnya, juga tanda cintanya, serta hadiah cinta dari bapanya, Leman. Ibunya tidak tua juga tidak terlalu muda. Namun cukup bertenaga mencari makanan. Ibunya tidak pernah reti memasak, kerana neneknya juga tidak pernah dikenali sama sekali. Juga, ibunya tidak punya sebarang kerja. Biar sebagai seorang buruh sekali pun, mahupun sebagai pembasuh baju, atau pembasuh pinggan mangkuk. Ibunya tidak mampu, juga tidak akan pernah diterima untuk berlaku sedemikian kerana dia bukan punya tangan dan akal yang sempurna.

Jadi sebagai mahu membesarkan si Labu, apa yang mam ibunya lakukan adalah belajar dan berlatih berlari dengan pantas. Sepantas kilat kiranya kalau boleh. Ibunya memang tangkas, ibarat permaisuri di trek lumba lari dunia. jadi, kiranya hanya 'mencuri terpaksa' lah kerja ibu si Labu sepanjang membesarkan Labu. Sekejap sampah, sekejap kek keju, sekejap nasi basi, sekejap ikan bilis, sekejap ikan jaket, sekejap buah yang gugur, dan macam macam makanan yang kranya cukup untuk mennyedawakan perut Labu. Ibunya gembira.

Kalau dikira saiz badan si Labu, boleh dikira dia patut bersekolah darjah enam atau lima, atau di tingkatan 1 atau 2. Namun pernah dia mencuba menyelinap ke sekolah tanpa uniform. Berjaya. Tapi gagal. Bukan gagal apa, gagal memberi perhatian kerana perlu berlari ke sana ke mari kerana nyawa. Nyawanya bukan lah susah untuk diragut oleh makhluk lain.

(bersambung)

Saturday, December 5, 2009

biar putus. tetap ada.

. . . . .satu malam. aku sediakan apa sahaja kemahuan dia. kerana aku tahu dia pasti suka. kerana aku tahu dia pasti gemar. kerana aku tahu dia akan gembira. dia gemar. telatahnya jawapannya. gayanya jawapannya. mukanya jawapannya.

. . . . .malam itu masih berlalu. aku teruskan usaha. usaha penuh usaha. biar otak memeras memikirkan hal selain nya. aku terus - terusan. koyak - koyak dan koyak. bersih - bersih dan bersih. sampai kosong. ha ha ha. bogel sudahnya.

. . . . .sedang seronok gembira. bau segar itu dicantas laungan gong nyaring. diiring tangisan para pari - pari serta dayang - dayang. aku tergamam. apakah aku buat dia marah. apakah aku buat dia sedih. aku benci tangisan. aku lemah tangisan.

. . . . .ia terputus. ia tercabut. mak. mak. mak terasa apa - apa?mak?
sakit. pedih. perit. mak. dia mengangis. mak. saya pekup telinga. mak. saya kuatkan kaki supaya mata terbuka. supaya dapat menyeka air mata dia. mak. kalaulah mak ada.

. . . . . mak. saya dah besar. saya pun boleh buat. biar saya buat. tak perlu mak datang. biar saya cuba reda kan. biar saya jampi macam mak selalu buat. macam mak selalu pujuk kami. tiup dan tiup. biar doa itu mengalir. Tuhan mesta tahu. mesti.

. . . . .tapi dia masih gembira pada pandangan aku. dia masih ketawa. biar kurang ummphh.. aku lega separuh tiga suku. sekarang ok. lebih baik mungkin.

. . . . .biar ia terputus. biar ia mengalir entah ke mana. biar ia hilang. biar ia tidak sempurna. kasih itu tetap ada. kenangan itu tetap ada. memori itu tetap ada. nanti ia akan tumbuh. parut lain lagi dalam aku kira. aku tahu dia tabah. aku tahu dia kuat. aku tahu dia kuat. kuat.
mesti baik. esok gembira.

Thursday, December 3, 2009

kisah kulam aku sambungkan

Maka itu setelah bersahabat, mereka terus bersahabat. Sampai masanya selalu 'lepak' bersama. Selalu masanya tidak selalu tidak sekali. Mereka memang rapat pada renungan aku. Selalu senada biar tidak serupa. Aku gemar melihat mereka bersahabat.
"bersahabat itu indah. Andai tiada sahabat, hidup memang tidak pernah cukup dan penuh psiko"
Itu kata-kata Kulam yang pernah dia kata pada kawan lainnya.

Kulam itu penuhkan cerita dalam diari sekolah nya pada tahun akhirnya dengan sepenuh dan sepadat mungkin. Kerana pada awalnya ia tidak mengenali Kalaf. Kalaf lah sahabat yang dia kata kan. Biar serapat mana pun bersahabat Kulaf dan Kalam. Akhirnya mereka akur kerana terpaksa berpisah. Bukan kerana mereka bergaduh atau berlawan. Kerana mereka adalah pelajar. Kerana mereka adalah penutut yang belum habis menuntut.

Maka sampai waktunya, si Kulam melihat dari jauh pemergian si Kalaf. Dia tidak menolong apa pun, bia mengangkat barang, biar mengemas. Dari jauh Kulam tahu Kalaf rindukan bapanya, rindukan ibunya. Lalu dibiarkan Kalaf pergi dan hilang dari pandangan. Masa pemergian Kulam adalah antara terlewat. Masih punya masa melihat kenangan pada dinding sekolah, pada almari bilik, pada koridor dorm, pada kelas, dan pada dewan makan. Semuanya terindah. Semuanya sangat mahal sampai tiada nilai sanggup dipertaruhkan. Sampai masanya Kulam pergi. Pergi dengan memenuhkan but kereta ke jauh sana pulang ke rumah bonda dan ayahanda.

Kulam selalu kelihatan begitu. Termenung jauh, tersengih sendiri, terlopong sendiri, dan sendiri sendiri. Kini Kulam itu sendiri, biar di rumah, ia tidak sama dengan tempat sebelumnya ia ada. Kulam rindukan Kalaf. Kulam kata "tiada kawan baik, hidup kosong."
Masanya penuh dengan kosong, tapi berisi.

Ada sampai masanya Kulam pergi ke suatu tempat tidak jauh dari rumahnya. Dia selau hubungi Kalaf. Dia menelefon Kalaf. Kalaf lagi bayak menelefon Kulam. Mereka jarang menelefon, tapi, selalu bercerita, sekali bertelefon, berjuta cerita keluar.
Akan sampai masa lagi Kulam dan Kalaf berpisah lagi jauh. Jauh dan sejauh jauh sana dari sini.
Berita kejauhan itu ada gembira sedihnya. Kulam pergi dahulu. Dalam doanya Kalaf akan ada bersama nanti. Biar mereka tidak serupa sudah. Biar mereka bertahun belum berjumpa.
Mereka tetap sahabat.

Mereka tetap sahabat.
Biar kangkung Kalaf dimasak di rumah neneknya berasa longkang. :P
Mereka tetap sahabat. Dan akan terus bersahabat.

Sunday, November 29, 2009

cerita malam itu aku dengar

saat itu aku mulai berfikir sejenak. Haruskah aku sedar, haruskah aku mengetahui, haruskah aku dengar kabaran sedih tersebut. Nasib hidup dan pilihan itu lain untuk ku. Giliran aku belum tiba kerana gangguan aku mendengar lagu ini. Aku sabar menghayati, cuba memahami apakah ada antara bicaranya itu terselit kabaran berita.

belum rupanya. Sampai lah beberapa hari yang dijanjikan. aku sabar menunggu sehingga kosong perut aku berdiri. Sampaikan berbunyi-bunyi hidupan menumpang itu. Aku sabar sehingga tidak. mencari kemanakah hati nya menyimpang. Oh tidak. Bukan aku. Tidak mungkin aku yang mencari. Tidak mungkin aku yang memaksa. Oh tidak.

Akhir nya waktu itu sampai. Aku ketahui segala. Aku dengari segala. Tangisannya terjawab. Simpati ku melimpah ruah tidak berpada. Kejamkah ia mendamba kan kasih nya pada umat mungkin akan disayangi tetapi tidak. Aku mulai bersalah. Harap aku tidak termasuk dalam list buku tiga lima nya. Harap ampun kan aku.

Cerita malam itu aku dengar. Kabaran sedih bukan setitis air mata. Bahkan selautan air laut merenang - renang mencari hidupan salah. Cerita itu aku dengar dan akhir nya ia bersuara.
ia bersuara nada bukan biasa. Ia berbunyi belon kecil yang meletup. Cerita itu akhir nya berbunyi. Harap aku itu semua. jika ada, semuakan yang tidak semua. Kisah kan kerana aku kisah.

kisah itu aku seru

ku lewati detik suratan waktu itu.
melayari segenap cahaya melintasi pilihan ketentuan hati yang samar-samar bertasbih.
maka terus terusan lah aku bertahan menanyakan kepada ku.
apakah aku itu aku.
apakah kamu itu kamu.
kerana belum pasti apa ingin aku atau kau sampai kan.
aku kembara.
aku merempuh apa pun.
biar mata samar-samar melihat.
dalam sedang memandu aku lena.
lena ditiup dingin nya embun subuh.
embun seram tanpa cahaya merah melihat.
embun dingin tanpa lembapan.
embun itu embun.
lalu kemudian aku kembali.
mencari sinar cahaya.
bukan bayang kegelapan menyelaputi hati.
bukan juga api mengaburi mata yang belum masak.
bukan juga asap yang mengaburi hati rapuh.
itu nur.
cahaya itu aku seru.
cahaya itu akucari.
namun apa jawapannya.
nur itu kasih.
kasih itu ada padanya.
aku selami tanpa rasa.
aku dalami tanpa daya.
aku seru tanpa suara.
aku dengar, dengar dengan nada hati berbicara.
habis.
aku tersentak dengan siulan.
siulan alam maya menjerit mengilai memecah realiti.
siulan itu bukan ku seru.
siulan itu belum pasti kepastiannya.
aku seru kembali.
kisah cahaya kasih itu.
dan lewat itu ku rasa kan.
aku mendamba kan kasih.
kasih dalam kisah.
kisah aku seru.

Wednesday, November 4, 2009

terima kasih ku makcik Magrarita atau Silio

pagi atau petang itu aku di Tim Horton's.
Berbaris penuh sepenuh tulisan di buku sejarah tamadun dunia.
pagi atau petang kadang kala lengang.
Tapi hari itu tetap penuh dengan ramai isi manusia.

"satu Boston Cream donut...dengan kapucino ais tak mahu perisa tapi tambah sos coklat"

Penat aku terjemah bahasa asing itu,
sampai mak cik Magrarita atau Silio berkata,

"nah kamu punya."

"okay terima kasih"

Jangan lupa datang lagi..
jangan lupa.
Sini lah tempat kenangan tercipta.
sini lah setanggi itu kadang kala beralih.

Lain hari, Boston Cream lagi?
atau kapucino ais..?

Itu Dia tentukan..
noktah.

Saturday, October 24, 2009


wangi itu bau, aku sedar ada yang wangi dalam-dalam hatiku berbau. Sambil tersenyum ku gapai bau itu, aku kejar bau itu dengan segera dengan ayat-ayat bunga ku. Belum ku berjaya atau kalah, aku seakan terbau kekalahan dari telinga. Kenapa mesti ada bau dari telinga itu. Aku pun sedar, jikalau aku tidak sesunyi ini, akan tidak aku sedar bau itu ada, atau meskipun bau itu akan pernah wujud dalam-dalam hati.

aku akur, aku sememangnya sunyi, menyepi sendiri, dengar lagu sendiri-sendiri, makan sendiri-sendiri, berkerja sendiri-sendiri, tidur sendiri-sendiri, segala sendiri-sendiri. Sampai satu masa aku sedar akan aku tidka sendiri kerana adanya bau harum itu. Aku tidak pasti adakah bau harum itu adalah takdir aku, atau sekadar singgahan menumpang teduh. Aku pernah lihat cahaya matanya memandang, seakan mengharap, aku terkapar terkejut. Belum mahu menerima apakah suratan berbaur ini. Entah...masih kah ada, bau lama itu dari ikhlasnya hati ini dulu. Entah.

aku pernah bersuara, tp tidak penuh. Entah, itu dahulu, semasa aku berasa bersalah padanya, kenapa. Aku masih ada baunya, masih berlegar-legar. Aku kurang pasti perlukah aku menunggu, entah, manakah lampu cahaya petunjuk. Entah, aku ingin bau itu bahagia, aku ingin bau itu segar sentiasa, aku ingin bau itu kekal ada dalam hati. Terima kasih

Saturday, October 3, 2009

amat INSAFlah

Amat namanya. Hendak di bin kan pasti malu bapanya. Hendak di binti kan bukan jantinanya. Lalu siapakah Amat. Noktah ini tidak tanda berhenti. Noktah ini tanda penyambung satu kisah baru terbitan makhluk paling durjana dan ditulis dan dipaparkan oleh seorang bernama manusia si hamba Allah yang belum tentu Allah S.W.T. menerimanya sebagai hamba. Biar pun yang terhina. Nauzubillah.

Bukan niat mendoakan keburukan. Biarkan lah doa kebaikan itu bertiup kepada Amat. Kerana kisahnya ini bukan calang-calang durjananya. Astaghfirullah. Satu lagi aib seseorang dibuka. Bukan kerana menghina, tapi ingin mengingati, ingin menginsafi, ingin mendodakan Amat. Cubalah teruskan.

Amat nam nya. Semua sama, nasi makanannya, air minumannya. Dia tidak minum arak, dia tidak makan babi. Tapi cukupkah Amat?
Amat amatlah kacak, bertubuh sasa, berkulit tidak terang tidak juga gelap, bermata jernih, tinggi lampai, dikatakan sempurna ciptaan Allah ini di mata mata manusia. Alhamdulillah.
Tetapi apa kerjanya, apa hobinya, apa sahabatnya, apa isi poketnya, apa pakaiannya, apa amalnya. Amat namanya.

Ini jawapannya. Amat berkawan dengan laki laki mahupun wanita. Dengan mereka Amat zinanya. Maka Syaitan sahabatnya. Iblis pendampingnya.
Amat menutup aurat. Seluar labuh, tidak membuka baju sewenang wenang. Amat berzina lagi. Maka api bajunya, dosa topinya, bisa seluarnya, duri kasutnya.
Amat solat. Amat pandang serong pada muslim tidak bersolat. Amat selalu solat. Ada masa cepat, ada masa lambat. Kalau terbatal kadang kadang Amat malas mengulang. Amat tetap solat kata hatinya, "at least aku buat, yang terkentu tu setan je tuh bagi was was".
Amat memang yakin. Amat tidak sedar syaitan itulah selama ini sahabatnya.
Amat berzina lagi. tangannya berzina. Matanya berzina. Otaknya berzina. Apa lagi, kaki nya berzina, bahkan tubuhnya berzina. Astaghfirullah.
Amat selalu sedar. Mula mula menyesal, lama lama kurang sesalnya itu. Amat belum sedar. Iman Amat amatlah tipis sekarang.

Kalau Allah takdirkan Amat mati, apa amalnya? ZINAZINAZINA.noktah.
Apa kerana? Kerana tubuhnya said so. Mengapa because we did it.fun. Amat telan liurnya.
Apa Amat boleh buat. Amat tiada sudah. Amat pergi sudah. Amat dulunya, habis sahaja berzina, dia selalu menyesal, tidak pernak tidak menyesal. Amat nampaknya bagus. Tapi menyesalnya bukan insaf. Amat nampak baik. Tapi baiknya Amat itu topeng.
Amat besar. Amat hebat. Amat gah. Amat masyhur. Noktah. Apa semuanya?DOSADOSADOSA.
Macam mana Amat?
Sedang menikmati kelazatan dosa dan sedikit pahalanya jika dikira. Kenapa?
Sebab anggotanya said so. Yeah..anggota Amat amat jujur. Seperti Amat. Memang baik.
Dimana Amat? Sedang menikmati semuanya. Berapa kali mahu di bicara.
Dimana. Anggotanya yang jujur berkata ketika lidahnya di paku. NERAKANERAKANERAKA.

Nauzubillah. Semoga Amat sempat kembali ke jalan Allah sebelum ajalnya jika dia masih hidup, semoga anggota anggota tubuhnya dideletekan histoty-history "amal"nya dengan amalnya. Semoga Amat ke Syurga. Semoga Amat cemerlang dunia akhirat. Semoga amat berpakaian keberkatan, bersahabat keimanan, bertopikan al-Quran, dan berkiblat kan Kaabah. Dan maha penting, bersujudkan pada Allah. Amat all the best. Aminkan Amat ada masanya.

*petikan khas ini maaf kalau plagiarise

Tuesday, September 29, 2009

jumpa kamu dalam hujan

Dalam kedinginan suatu malam yang sayup-sayup ku dengar bunyi anginNya, ku dengar bunyi percikan air hujanNya dari tingkap cermin beralas jaring ku, ku dengar suara penghawa dingin dari rumah atasku meniup udara habaNya, ku mengigil juga kerana suhuNya. Aku menyelinap ke dalam selimut toto yang tidak setebal mana tapi cukup untuk memanaskan tubuh ku yang kurus ini. Aku selubung diriku dalamnya, coklat warnanya, wangi baunya, berbau katil tempat ku tidur, bau yang ku gemari dejak ku bersuara di muka bumi ciptaanNya.

Asalnya bukanlah toto bahan bualan hati aku malam ini, sahaja aku menggemar bercerita penyedap mulut dan meregangkan jari jemari kerana bukan lah mudah untuk ku menaip sekaligus dengan laju beratus-ratus ayat dalam puluhan saat. Aku akur dengan kehendak hati aku malam itu. Aku merelakan hati aku membenarkan jari-jemari aku merayap dalam gelap bilik tidurku dengan sedikit limpahan lampu di luar pintu seakan-akan kekuning-kuningan. Aku tidak melihat dengan jelas apakah yang akan aku genggam kerana suasana dalam selimut amat romantis keranna suhunya yang suam dan berhawa.

Ku biarkan jari-jemari aku bergerak lagi, ha! itu dia aku dapat. Satu demi satu butang ku buka, bukan sebarangan buka, buka ku dengan gelora nafsu yang ingin aku selami, angin dingin bertukar suam, apakah isi dalamnya di sebalik butang-butang yang aku buka, ku dengar bunyi jantung ku berdetup-detap tidak sabar menanti buahan hasilnya. Mungkin sesetengah manusia lebih biasa dengan kata butang-butang yang aku tekan. Lebih sopan kiranya. Tapi maksud ku butang (*) dan butang unlock di pad talifon bimbit murah ku.

Beberapa kiraan seterusnya aku tergempar. Dengan suatu gambaran yang aku kira suatu yang amat dekat dengan diriku di masa setahun setengah sebelum sebulan yang lalu. Ku rindukan baunya. Walaupun tidak sesedap mana baunya jika di bandingkan dengan baju tidurku tiga hari yang lepas. Aku mencari bau nya, hidung ku meraba-raba mencari, minda ku berlari-lari anak mengejar memori itu, tangan aku ligat menggenggam dan menekan-nekan apa yang patut. Ku akur, bukan senang ku cari baunya, hanya dia yang ada. Itu sebabnya aku rindu akan nya.

Bukan sekadar baunya, tetapi suara nyaring nya yang sering ku dengar dari sisi kanan ku, di pagi hari ku, di tengah hari ku, di kala petang ku. Nyaringnya tidak ku dustai. Sayup-sayup suaranya, aku meligat mencari jika adanya diriku ini di sana. Melihatnya baru puas hati ku, memegangnya baru puas hati ku, menciumnya baru puas hati ku, memeluknya baru seronok hati ku. Kerana ku tahu dia sihat, kerana ku tahu dia tidak berlapar, kerana ku tahu dia berteman, kerana ku tahu. Kerana dia di sebelah kanan ku juga akan ku tahu, dia lapar akan sesuatu. Dia mohon sesuatu, dan dia menginginkan sesuatu yang akan mampu ku tunaikan.

Nah pisang buat mu. Nah betik buat hisapan mu. Nah...aku rindu kamu Timah.

Sunday, September 27, 2009

kisah anak kucing berkening lebat

namanya si putih, kulit nya putih kekuning kuningan. bersih tiada noda kotoran mengaburi warna bulunya itu. selepas 151 musim aku jumpa ia kembali di suatu tempat yang jauh dari asal usulnya kerana ia suka berpindah randah walaupun hanya berumah satu warnanya itu tidak kabur. bahkan terang dengan warna warna baru yang menghiasi segenap celahan bulu bulu putih nya itu. mungkinkah kerana ekornya yang sederhana panjang yang selalu menyapu kotoran kotoran di segenap lorong lorong yang pernah si putih ini lalui?

tanda soal. itu yang si putih tinggal kan untuk amukan rakan rakan dan bonda tercinta yang tidak pernah faham atau adaptasi dengan cara hidup si putih ini yang penuh dengan warna warna tak sempurna. senada itu juga si putih mula mengiau bercerita dengan nada separuh nyaring nya.

dia selama ini selalu mengikut kata hatinya yang hanya mahukan keseronokan kemewahan kegembiraan kesenangan serta kduniaan. mahu tak mahu dia harus senantiasa mengikut berlalunya masa berlalunya segalagalanya. mewah segala galanya, mewah juga warna warna yang menodai bulu bulu putih nya. mewah juga warna dosa dosa nya. lalu si putih selalu mengeluh pada diri sendiri kata mahu sentiasa waspada dengan lembutnya nada si durjana musuh yang selalu membelai nafsu si putih. si putih berjaya. beberapa saat kemudian dia kalah. kerana ternampak beberapa biji frieskies di seberang jalan.

berlari lari si putih mengejar frieskies yang tidak seberapa banyak dan barang kali sudah di masuki angin dan asap asap lori lori sampah dan bau longkang yang tidak sesedap bau tumisan bawang di dapur. maka dia nekad lari dan lari. 8 langkah jumlahnya sebelum ia sampai setengah dari lintasan jalan itu. berjaya. lapan langkah seterus nya dia pasti kan masanya sempat untuk dia sampai ke sana dan sempat mengalas perut yang sedia ada kenyang dengan nasi di gaul ikan bilis mentah hasil simpanan ibunya berwarna putih juga. sebelum sempat si putih sampai, maka dengan itu dia terdengar satu dentuman kuat dari belakangnya. satu bunyi lumat sebiji tayar besar membaham tulang tulang halus yang ada pada kaki seekor kucing betina dewasa. siputih tergamam...ibunya parah di kaki. jari jemarinya luluh ibarat luluhnya hati seorang ibu apabila tahu akan anak gadis nya di rogol perogol durjana. si putih abaikan frieskies itu. katanya ibu lagi penting.

dua saat sahaja kemudian makanan itu di baham oleh seekor kucing jantan separuh umur yang tidak kemas bulunya tetapi berlagak. lalu terus pitam dan padam si kucing jantan itu. makanan itu beracun. lihat lah oleh si putih berapa kemalangan ngeri yang terjadi padanya. kalau ibu nya tidak di langgar mungkin dia yang akan dilanggar kerana tiada orang yang akan menolaknya. tidak pun dia mati keracunan kalau makanan itu tidak diambil kucing lain.

maka tertera lah pada pengajaran dalam hembusan terakhir ibunya. ibunya tidak menitiskan air mata bahkan gembira kerana anak nya selamat daripada maut. ibunya berbisik kerana tiada laratnya ingin berbicara dengan nada yang tinggi keranan daya itu hilang sebentar digilis tayar. ibu nya berpesan "jangan lah kamu wahai anak ibu yang tak pernah ibu amat kenali luarannya di kejauhan ibu di peralatkan musuh durjana yang sedang ketawa melihat ibu yang akan hilang kesakitan ini beberapa ketika lagi. kamu wahai putih..tidak pernah ibu tepis suara tangisan kamu yang ibu dengar setiap masa kamu masih ibu kenali dulu. jangan lah kamu tepis kan pula kasih sayang ibu ini kerana masa ibu sudah sampai...."maka baru lah perasan akan si putih bahawa ibunya sudah tiada lagi kerana habis tulang temulang kakinya direntap besi tertonjol keluar dari bawah tepi tayar itu. dua ekor kucing mati di hadapan mata siputih. masa itu jugalah si putih menyumpah kepada si lori, kepada musuh durjana nya, kepada dirinya. apa yang dapat?sumpahan sebagai doa pemergian ibu...si putih berdosa..lalu dirinya di rentap seorang makcik bergelar nenek kembali kerumah...mujur si putih tidak di gilis tayar motosikal..

maka hari itulah si putih ini belajar erti hidup ini tanpa adanya lagi si ibu

Friday, September 25, 2009

si budak kulam

adalah terciptanya suatu masa yang tidak lama dulu, yang mana muncul seorang hamba tuhan yang tak kurang lawa rupanya, yang tak kurang terletak hidungnya dan juga yang tak kurang terletak mata bulatnya. diari hidupnya dari kecil hingga dewasa hanya warna warni kanak2 ribena yang tiada gerigi gerigi besi serta mainan peluru besi sepertimana yang ada di afganistan dan palestin.
maka bila cukup umrnya bersekolah lah dia sambil selalu dihantar maknya menaiki basikal tua hasil titik peluh maknya menjaga sepupu sepupunya yang jauh lebih tua ketika belum lagi maknya berkahwin dengan bapanya.selalu gelak ketawa, kalau ada masanya gemar diam dibawah ketiak maknya, dan kalau ada masanya dia merajuk lari lari lah dia ke bawah timbunan baju baju yang disangkut tak jauh dari almari putih rumahnya yang ditukang oleh suami sepupunya yang baik hati dan selalu tolong mereka sekeluarga.

maka nama watak yang di sebut itu diberi ibu saudaranya sebagai Kulam.ada suatau hari Kulam diberi peluang untuk belajar jauh di sebuah kota raya yang tidak lah terlalu besar tapi sudah cukup besar baginya kerana rumahnya bukan tertempat di sebuah kota metropolitan yang amat gamat orang nya berpakaian serta bersosial sana sini.

di sekolah itu sepertimana kanak kanak lain Kulam pun berkawan lah dengan tidak kurang ramai kawannya.sehingga dia terbekas dengan nodaan dakwat merah pekat rakan nya bernama Mazim yang tersangatlah durjana perangai nya.maka tidak sempurnalah kain sutera putih kurniaan mak Kulam kepada Kulam kerana bekas yang tertinggal oleh dakwat merah pekat itu.

maka kemudian si Kulam ini pun berpindah lah ke kota yang lebih besar kerana cahaya nya lebih menghala ke sana. Kulam dihantar abangnya ke sana kerana dia tahu biar pun dia dan abangnya tidak lah serapat mana, tapi abang nya tetap sayang akannya kerana mereka semak dan seabah.

maka ditempat baru itulah Kulam mula semula berkawan dengan tidak kurang ramainya kawan.hari baru itu bermakna kawan baru yang akan menaghiasi diari baru Kulam pada masa itu. hampir beratus ratus hari kulam belajar baru lah kemudiannya muncul seorang kawan yang bagi nya amat lain dari yang lain kerana cahaya keikhlasan yang telah muncul tanpa ada daya paksaan.lalu mereka berkawaan lah dengan sangat rapatnya.nama kawan Kulam itu adalah Kalaf seorang yang sama umurnya dengan Kulam rupanya tidak kurang lawanya, tetapi badannya lebih besar dari Kulam. mereka berkawan lah sehingga ada suatu masa Kulam amat la rasa bersalah kerana bekas hasil dakwat merah pekat pada kain sutera putihnya itu masih ada dan belum mahu juga padam.

Kulam berasa bersalah pada Kalaf kerana sekarang mereka sudah berpisah jauh dari sebalik gunung berapi bertambah tambah beberapa jenis lautan yang tak kurang hebatnya dari segi saiz dan isi serta muka bentuk yang se akan akan ketulan ais dalam segelas sirap bandung.mereka berkawan juga, mungkin kerana mereka terlalu ikhlas bersahabat sehingga ikatan sahabat itu terlalu utuh.

pada Kalaf, Kulam ada pernah menyatakan rindunya yang teramat kerana sudah beratus ratus hari mereka tidak berjumpa kerana belum ada rezeki kurniaan Tuhan kepada mereka. Kulam selalu berdoa agar Kalaf sentiasa sejahtera, berjaya dan berjumpa di kemudian hari biar di tempat Kulam atau pun di tempat Kalaf.amin