Friday, September 25, 2009

si budak kulam

adalah terciptanya suatu masa yang tidak lama dulu, yang mana muncul seorang hamba tuhan yang tak kurang lawa rupanya, yang tak kurang terletak hidungnya dan juga yang tak kurang terletak mata bulatnya. diari hidupnya dari kecil hingga dewasa hanya warna warni kanak2 ribena yang tiada gerigi gerigi besi serta mainan peluru besi sepertimana yang ada di afganistan dan palestin.
maka bila cukup umrnya bersekolah lah dia sambil selalu dihantar maknya menaiki basikal tua hasil titik peluh maknya menjaga sepupu sepupunya yang jauh lebih tua ketika belum lagi maknya berkahwin dengan bapanya.selalu gelak ketawa, kalau ada masanya gemar diam dibawah ketiak maknya, dan kalau ada masanya dia merajuk lari lari lah dia ke bawah timbunan baju baju yang disangkut tak jauh dari almari putih rumahnya yang ditukang oleh suami sepupunya yang baik hati dan selalu tolong mereka sekeluarga.

maka nama watak yang di sebut itu diberi ibu saudaranya sebagai Kulam.ada suatau hari Kulam diberi peluang untuk belajar jauh di sebuah kota raya yang tidak lah terlalu besar tapi sudah cukup besar baginya kerana rumahnya bukan tertempat di sebuah kota metropolitan yang amat gamat orang nya berpakaian serta bersosial sana sini.

di sekolah itu sepertimana kanak kanak lain Kulam pun berkawan lah dengan tidak kurang ramai kawannya.sehingga dia terbekas dengan nodaan dakwat merah pekat rakan nya bernama Mazim yang tersangatlah durjana perangai nya.maka tidak sempurnalah kain sutera putih kurniaan mak Kulam kepada Kulam kerana bekas yang tertinggal oleh dakwat merah pekat itu.

maka kemudian si Kulam ini pun berpindah lah ke kota yang lebih besar kerana cahaya nya lebih menghala ke sana. Kulam dihantar abangnya ke sana kerana dia tahu biar pun dia dan abangnya tidak lah serapat mana, tapi abang nya tetap sayang akannya kerana mereka semak dan seabah.

maka ditempat baru itulah Kulam mula semula berkawan dengan tidak kurang ramainya kawan.hari baru itu bermakna kawan baru yang akan menaghiasi diari baru Kulam pada masa itu. hampir beratus ratus hari kulam belajar baru lah kemudiannya muncul seorang kawan yang bagi nya amat lain dari yang lain kerana cahaya keikhlasan yang telah muncul tanpa ada daya paksaan.lalu mereka berkawaan lah dengan sangat rapatnya.nama kawan Kulam itu adalah Kalaf seorang yang sama umurnya dengan Kulam rupanya tidak kurang lawanya, tetapi badannya lebih besar dari Kulam. mereka berkawan lah sehingga ada suatu masa Kulam amat la rasa bersalah kerana bekas hasil dakwat merah pekat pada kain sutera putihnya itu masih ada dan belum mahu juga padam.

Kulam berasa bersalah pada Kalaf kerana sekarang mereka sudah berpisah jauh dari sebalik gunung berapi bertambah tambah beberapa jenis lautan yang tak kurang hebatnya dari segi saiz dan isi serta muka bentuk yang se akan akan ketulan ais dalam segelas sirap bandung.mereka berkawan juga, mungkin kerana mereka terlalu ikhlas bersahabat sehingga ikatan sahabat itu terlalu utuh.

pada Kalaf, Kulam ada pernah menyatakan rindunya yang teramat kerana sudah beratus ratus hari mereka tidak berjumpa kerana belum ada rezeki kurniaan Tuhan kepada mereka. Kulam selalu berdoa agar Kalaf sentiasa sejahtera, berjaya dan berjumpa di kemudian hari biar di tempat Kulam atau pun di tempat Kalaf.amin

8 comments:

  1. menyeka air mata dari kejauhan.
    moga kulam dan kalaf sentiasa sejahtera.

    ReplyDelete
  2. fatah...ape kau...
    membe aku bace x sedeh pon...
    tau ah x mantap mcm kau nye

    ReplyDelete
  3. huh. baca dalam dalam. bukan nilai dari luar.

    ReplyDelete
  4. nawi+fatah,korang nye post sume aku tak faham.nak faham ambil masa :)

    ReplyDelete
  5. at least aku nye xde ah serumit fatah....gulung2 urat usus aku nk bace fatah nye..pastu nk faham...tido bangon balik lom tentu lg paham

    ReplyDelete
  6. alahai. maaf lah. bagi aku, setiap orang ada hak untuk faham ikut pemahaman sendiri. itu lagi seronok. lain orang, lain cernaan. kan best tuh. :) harap lepas ni, seyfuzero ngan kau asawi lebih faham. baca pelan2. gerenti faham. ;)

    ReplyDelete
  7. ye la fatah...haiya...no need maaf2..bukan salah pon kau tulis mcm tuh..

    ReplyDelete