Tuesday, September 29, 2009

jumpa kamu dalam hujan

Dalam kedinginan suatu malam yang sayup-sayup ku dengar bunyi anginNya, ku dengar bunyi percikan air hujanNya dari tingkap cermin beralas jaring ku, ku dengar suara penghawa dingin dari rumah atasku meniup udara habaNya, ku mengigil juga kerana suhuNya. Aku menyelinap ke dalam selimut toto yang tidak setebal mana tapi cukup untuk memanaskan tubuh ku yang kurus ini. Aku selubung diriku dalamnya, coklat warnanya, wangi baunya, berbau katil tempat ku tidur, bau yang ku gemari dejak ku bersuara di muka bumi ciptaanNya.

Asalnya bukanlah toto bahan bualan hati aku malam ini, sahaja aku menggemar bercerita penyedap mulut dan meregangkan jari jemari kerana bukan lah mudah untuk ku menaip sekaligus dengan laju beratus-ratus ayat dalam puluhan saat. Aku akur dengan kehendak hati aku malam itu. Aku merelakan hati aku membenarkan jari-jemari aku merayap dalam gelap bilik tidurku dengan sedikit limpahan lampu di luar pintu seakan-akan kekuning-kuningan. Aku tidak melihat dengan jelas apakah yang akan aku genggam kerana suasana dalam selimut amat romantis keranna suhunya yang suam dan berhawa.

Ku biarkan jari-jemari aku bergerak lagi, ha! itu dia aku dapat. Satu demi satu butang ku buka, bukan sebarangan buka, buka ku dengan gelora nafsu yang ingin aku selami, angin dingin bertukar suam, apakah isi dalamnya di sebalik butang-butang yang aku buka, ku dengar bunyi jantung ku berdetup-detap tidak sabar menanti buahan hasilnya. Mungkin sesetengah manusia lebih biasa dengan kata butang-butang yang aku tekan. Lebih sopan kiranya. Tapi maksud ku butang (*) dan butang unlock di pad talifon bimbit murah ku.

Beberapa kiraan seterusnya aku tergempar. Dengan suatu gambaran yang aku kira suatu yang amat dekat dengan diriku di masa setahun setengah sebelum sebulan yang lalu. Ku rindukan baunya. Walaupun tidak sesedap mana baunya jika di bandingkan dengan baju tidurku tiga hari yang lepas. Aku mencari bau nya, hidung ku meraba-raba mencari, minda ku berlari-lari anak mengejar memori itu, tangan aku ligat menggenggam dan menekan-nekan apa yang patut. Ku akur, bukan senang ku cari baunya, hanya dia yang ada. Itu sebabnya aku rindu akan nya.

Bukan sekadar baunya, tetapi suara nyaring nya yang sering ku dengar dari sisi kanan ku, di pagi hari ku, di tengah hari ku, di kala petang ku. Nyaringnya tidak ku dustai. Sayup-sayup suaranya, aku meligat mencari jika adanya diriku ini di sana. Melihatnya baru puas hati ku, memegangnya baru puas hati ku, menciumnya baru puas hati ku, memeluknya baru seronok hati ku. Kerana ku tahu dia sihat, kerana ku tahu dia tidak berlapar, kerana ku tahu dia berteman, kerana ku tahu. Kerana dia di sebelah kanan ku juga akan ku tahu, dia lapar akan sesuatu. Dia mohon sesuatu, dan dia menginginkan sesuatu yang akan mampu ku tunaikan.

Nah pisang buat mu. Nah betik buat hisapan mu. Nah...aku rindu kamu Timah.

6 comments:

  1. aduhai. hahahaha. timah. oh timah. mengapa tidak kau terbang sekali bersama asnawi mu. timah pasti sihat di sana. pasti. aku pasti. Tuhan melindunginya untuk kau berjumpa dia di lain tahun. sehat dia? call mak tanya. ;)

    ReplyDelete
  2. slalu je kalau aku call umah aku tanye mak aku pasal timah ku sayang...kah3..
    aritu siap adik aku amik bawak kat talipon lg..rindu kot..!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha. punya rindu sampai nak sembang. itu sudah lebih. haish. nawi nawi.

    ReplyDelete
  4. nk dengaar suara si Timah yg nyaring tu jer fatah ooi...timah mane la tau sembang..yg tau sedut betik, mkn pisang, kejar ayam betina ngan marah bile org tarik ekor die...pastu jerit2...hahah

    ReplyDelete
  5. hahahaha. kalau timah ada blog. pasti banyak cerita dia nak cerita. ;)

    ReplyDelete