Sunday, February 21, 2010

. . . gelap . . .

Hari itu, aku bangun
gelap..semua keliling aku gelap.

Aku dengar bunyi air
mungkin hujan,mungkin sungai yang mengalir ke hilir.

Kemudian aku lihat
itu adalah sungai,
ada dua bot di sana,
satu besar dan satu kecil.

Pelik, suasana seperti di kampung
aku nampak mak,
tapi dia tidak pedulikan aku.
kaku, pelik.

Ada dua orang jahat datang,
jahat..jahat..
hajatnya ibarat iblis.
habis aku..!

Mak aku muncul kembali,
kali ini aku lihat dia,
rupanya,
mungkin dia tidak nampak.

Penjahat tiba - tiba hilang.
Gelap kembali.
Gelap.

Tuesday, February 16, 2010

ku baca cerita manusia (2)

Sudah seminggu, kemudian sebulan, kemudian dua bulan anak tersebut menunggu untuk keluar dari istana khayalan ayahanda nya. Harapan, harapan sahaja. Dia tidak berani mencuba, dia belum sedia, dia tiada daya. "ishhh payah benar! susah! bodoh betul orang-orang bapak ni..! Semak!" itu tempiknya pada bantal bersulam di kamarnya sebesar rumah pangsa.

Satu malam anak itu dahaga, dia turum ke dapur, mencari apa sahaja minuman untuk membasahkan tekak nya. Dia turun meraba - meraba tangga. "glupp...ahhh. Lega." katanya. Sekilas dia ternampak cahaya dari luar dapur rumahnya. Dengar gelak ketawa, keluhan - keluhan syaitan, dan macam - macam lagi yang tidak patut di dengar.

"hmm...! Peluang aku dah sampai! Dalam keadaan sejuk mengigil, berselipar, dan berbaju tidur, anak itu kabur dari istana tersebut. Menyelinap dari satu bangunan ke satu bangunan, dalam gelap, dia memijak segala apa yang ada di atas tanah..segala - galanya yang dia tidak gemari sejak dia sudah mula berfikir.

Halanya belum tahu, dia kabur entah ke mana dalam pekat gelita malam. Biar dingin pagi mencucuk hidung dan dadanya. Hah, enggan dia kembali ke bilik bukan miliknya pada dasarnya. Lari dan lari, kerana tidak tahu, keadaa semakin gelap memekat, semakin sejuk membeku, semakin sunyi menyepi, yang ada hanya bunyi cengkerik nyaring menyanyi, cahaya bulan memantul, dan kelibat - kelibat kelawar.

Muncul rasa takut, kakinya sejuk menggeletar, tangan berpeluh basah, meremang bulu roma. Anak itu kaget kemudian dia berhenti mencangkung, menutup muka ke bawah, mengigil, takut katanya. "Rasakan, aku sudah cakap pada kamu, degil, tak dengar kata, tak guna, bodoh..!", itu kata - kata yang dengar sipi - sipi dari cuping telinganya. Dia mula menangis, tersedu - sedan, teresak - esak tidak berlagu.

"Pap!"

Ada yang menepuk bahunya. Terdiam anak itu, langsung tidak bergerak, kaku, esaknya berhenti, sedunya tersangkut, tangannya basah lagi, peluhnya melimpah ruah, mata nya membulat. Masa itu, cahaya bulan terang benderang melantunkan cahaya matahari. Maka nampaklah oleh nya bayang - bayang sesuatu dari belakang yang menepuknya.

"Kenapa menangis cu, kenapa berpeluh cu, kenapa mengah cu?" lembut lontaran suara seperti seorang datuk yang gemar akan cucunya. Anak itu angkat mukanya, dia buat muka seburuk mungkin, sempat dia lipat kelopak matanya, dan mencebik. Kononnya mahu menakutkan ornag yang menepuknya itu. "satu......dua......tiga!" bisiknya dalam hati.

"Haaaah!"