Tuesday, December 7, 2010

bila mata berfikir

(+_+)

(-_-)

(^_^)

(@_@)

(*_*)

(=_=)

(0_0)

($_$)

(>_<)

(T_T)








...........penyudahnya mulut senyap

dan hari hari indah itu bermula
bila mata melihat sesuatu yang indah
mulut berkalimah sesuatu yang agung
dan fizikal berpegangkan sesuatu dgn suci.

bukan kerana mata.
mata itu tirai.
dan hati itu mudah lerai.
kurang pejal mungkin.

kuat kan hati.
kuat kan semangat.
kuat segala.
ada yang indah nanti.

Monday, December 6, 2010

bila atom tidak lagi berkalimah

satu neutron terhempas.
dan bintang itu tidak apa apa.
kalimahnya hilang.

pada satu unsur aku percaya bintang itu mati.
mati akalnya.
atau mati jasadnya.
atau hayat dia menjadi bulan.

kalau bulan ia akan lebih indah.
dan teori ini belum salah.
atom atom bulan itu.
satu satu dari merekah sangat kaya.
kaya dengan kalimah agung.
tetapi.mana keagungannya.

mungkin kerana atomnya.
atomya tidak lagi berkalimah.

Sunday, September 26, 2010

hais ..

kalaulah kau ada.
aku selalu mimpi kau.
kau selalu ada.

tapi tak tahu lah.
kalau lah aku ini.
ibarat lumut.
pada seekor singa.
sebab.
singa suka makan daging.

nampaknya.
perlulah aku cari ikan.
sebab dia suka makan lumut.
supaya nanti aku selalu dengannya.
mana ikan.mana

dan masa itu, ikan kata.
kau lumut ada apa.
shuh.hais .. mananya kau pergi

Sunday, September 19, 2010

angin cahaya

aku ternampak kau pada sekilas pandangan.
aku pasti kerana aku bukan ragu ragu seperti biasa.

dan bila masa aku berpatah balik untuk melihat,
kau hilang, dan aku tidak merasakan kau pergi.

ke mana kau.
jangan sembunyi dalam cahaya
kerana kabur mata ku nanti mencari.

nyatanya, aku rindu

Tuesday, September 14, 2010

fakir

fakir. budak kecil berambut colat dan bertubuh rendah. mulutnya berdas das tatkala berkata kata. penat melayan semacam hendak dipicit picit kepala coklat. aduh kejam bunyinya. lupakan.

fakir beritahu. abang, fakir suka kawan dengan abang. boleh abang jadi abang fakir? fakir tak punya abang, kakak pun fakir tiada.

erm, fakir, abang sudah beradik. mak abang yang bagi. nanti kalau abang beradikkan fakir, mungkin sedih adik abang. macam mana ya nanti?

oh begitu, tak mengapalah abang. its ok. fakir jadi kawan abang boleh?

oh fakir, kenapa tak boleh. kan kita kawan. fakir tak rasa kita kawan?

oh abang, kalau kawan, kenapa fakir panggil abang, abang? macam mana nanti kalau kawan abang tahu kalau abang kawan dengan fakir? apa tidakkah mereka fikir siapa yang akan kawankan mereka jika abang kawankan fakir nanti? macam mana ya?

erm. alamak fakir. abang ... erm... terpaksa pergi dahulu jumpa lagi.

abang. fakir bukan minta jadi adik pun. fakir mahu ada seorang abang macam abang. mungkin fakir akan doa lagi. selamat berjaya abang

Friday, August 13, 2010

+_+'

Dalam subuh yang samar samar, aku keluar memburu perkataan. Mencari satu persatu perkataan yang sehabis sesuai untuk aku tujukan tanpa ada bilah penghalang kata kata azimat ini. Namun, hari ini aku kira aku masih gagal. Kerana.

Tiada kerana apa apa, aku sendiri yang kalah mungkin dengan satu persatu perasaan yang datang bagai ombak lautan yang tidak pernah surut biar kecil atau besar. Hampir selalu aku simpulkan semuanya untuk penyudah yang aku bilang bilang galak warnanya, namun, semua terlerai di pantai fikiran yang sejenak belum matang.

Bukan siapa siapa, tiada kena mengena pun. Aku pasti. kerana ada yang belum cukup untuk aku melepaskan diri sendiri hingga ke tahap sebegitu mencabar. Ada sesuatu yang perlukan kesabaran aku sendiri sebelum aku menuntut kesabaran kau yang sudah layak dibarakan. Dan masa itulah aku selalu padamkan api api yang ada dengan embun yang aku tadahkan pada subuh aku keluar memburu.

Mungkin kerana aku lebih cintakan alam semula jadi.

Sunday, August 1, 2010

kalau sayang cakap ya

saya punya kekasih gelap.
bukan peminat.
bukan kekasih sebenarnya.
dia hanya orang.mungkin.

dia hanya dia.
ada dia.kiri kanan dia.
situ sana dia.

tapi doa malu malu kerana.
dia adalah dia.

satu hari saya cakap
hei dia, dia adalah dia.
kamu adalah kamu.

kalau sayang cakap ya.
sayang kamu.
nama.








tidak bernama.

Wednesday, July 28, 2010

aminkan untuk dia

it is a she
that night, when i saw her,

she was so hungry,
makan sambil tersedak sedak

she was so sad,
sampai berair mata dia

and one thing she couldn't tell
maybe for us she is just a cat,
but for her we are everything
*credit to bobby melayu*

Sunday, July 25, 2010

diari dan catatan baru

Hari ini, belum pernah dalam jangka masa yang lama, aku sedar akan diri sendiri. Setelah terlalu banyak masalah yang aku cari, yang aku tidak selesaikan, yang aku kusutkan, dan yang aku biarkan terbengkalai dan berkulat.
Malam ini, belum pernah dalam masa yang begitu lama, aku risau akan buku markah aku, diari aku yang tertertumpah dakwat hitam, nota aku yang comot, dan buku yang berconteng dengan warna warna yang tidak cantik.
Saat ini, belum pernah aku risau, sejarah aku yang haru biru, masa lampau yang aku gores gores dengan besi tajam, muka surat muka surat yang aku fitnah dengan kata kata kesat, dan lapisan lapisan masa lama yang aku tergamak biarkan parasit membiak biak.

Dan untuk itu, aku mengambil satu kata kata yang berat, untuk bersihkan satu persatu, biarpun masa adalah satu masalah yang sangat besar.
Akan aku cari pemadam paling besar, penyapu paling lebar, dan mop paling tebal, untuk aku bersihkan segala yang mampu.

Dan untuk itu, aku akan berdoa dengan lebih kuat.
Bukan supaya aku bagus atau sebagainya.
Supaya mereka akan tersenyum pada hari kemudian.amin

Wednesday, July 21, 2010

nada dari hutan

Hari membilang tiada berjari
berkaki,
luka seribu calar sembilu
tak terungkai bisanya


meniti satu demi datu
titi titi rapuh
melintas satu demi satu
titis embun embun

kata
namun tiada penghabisnya.

Biar seindah mana
nada disusun, lirik diatur
rasa tetap rasa

masih lagi
mencari sesuatu yang ada,
hanya mungkin hari terlalu lambat
sehingga akal terlupa,
atau saat terlalu cepat
hingga hati tercicirkan ia.

entah di mana kamu menghilang
diri dan jasad
sudah jarang menyatu
sudah kabur berdoa
sudah samar samar berzikir

akhirnya
hanya mencipta ketawa siluman hutan
hina sungguh

Sunday, July 18, 2010

coklat manis itu bukan milik aku

pernah mata membaca
hati pula melihat
sedalam dalam daya menterjemah



satu persatu ayat ayat itu
*atau ayat mereka, kerana itu yang sebenarnya

sungguh manis
seperti madu cecah coklat extra susu

peliknya
tak mampu dibayangkan

adanya diri di situ, kerana memang tiada
tidak juga mampu
dibayangkan hati ini memiliki perkara sama


yang tidak peliknya
ia bukan milik diri
ia tidak akan ada pada diri
tapi
kawannya ada........*senyum*










selamat bahagia kawan

Thursday, July 15, 2010

coklat capati versi pah pah pah

pah pah pah jalan jalan atas kaki kaki yang sakai sakai
ketawa senyum senyum dan marah marah
lalu jatuh sakit.

ada bertanyakan kenapa.
kenapa kenapa kenapa.
kerana salah makan.
coklat capati versi pah pah pah.
lalu tidur dari pagi hingga ke petang.

sampai ke sekolah.kosong?

Monday, July 12, 2010

kelabu hati hijau

Cerita hidup jika mahu diungkap,
ibarat menebar belon belon sel hati ke tapak court tenis,
banyak dan ia akan bertambah bayak
dengan mitosis yang pantas.

Tapi bila hati bergema siapa yang tahu,
bila hati berteriak siapa yang dengar,
bila hati dahaga siapa hidangkan air manis,
belum tentu
belum tentu ada siapa siapa.

Lalu karamlah hati itu dalam kelemasan yang tumpul,
tiada penghujung yang berpenjuru,
tiada penghujung yang menghalakan,
tergantung ia tiada berpaut.

Andai ada yang tahu,
andai ada yang rasa,
andai ada yang mampu baca,
andai ada yang mampu berkata,
andai ada yang mahu simpati,
andai ada yang mahu temani,
andai ada yang mahu seikhlasnya.

Hati itu pasti senyum.

Sunday, July 11, 2010

lesap daya, dada membidang hebat

satu manusia, dua manusia
yang membezakan?
agama, fizikal, mental.
kalau agamanya sama,
fizikal dan mental belum tentu,

tanpa sedar titik masa berlepas,
manusia manusia itu sedar,
sedar akan sifat sifat manusia manusia lainnya.
ada berbelang ada berbintik.

dihalau pulang, dipanggil pergi,
dimasuk keluar, dikeluar masuk,
penting nya diri sendiri pada manusia ini.
semuanya dia sendiri,
berjayanya dia sendiri,
baik hatinya biarlah dia sendiri,

manusia lainnya,
biarlah dia pilih siapa dia suka,
biarlah dia buang siapa yang tiada sukanya,
kerana manusia seperti ini,
tidak akan pernah survive bersendirian,
kerana tiada orang
untuk ditujukan betapa pentingnya diri sendiri. sudah

Saturday, July 10, 2010

tikus, gajah dan arnab

Adanya satu lautan yang sangat besar,
besar lautan itu sebesar yang tidak mampu dijangkau oleh perenang Philips.
Tidak jauh dari daratan terdekat, terdapatnya satu pulau,
indahnya pulau itu ibarat pulau khayalan kanak kanak yang penuh comel comel seratanya.
Terdapat banyak pokok yang bulat bulat dan rendang daunnya,
Kebanyakan pokok itu mengeluarkan buah sepanjang tahun.
Tanahnya pula dipenuhi rumput rumput carpet yang amat hijau warnanya,
di tepi tepi rumput itu tertanamnya berbagai bagai bunga,
menciptakan warna warni pada mata sang melihat.

Lalu, diciptakan satu makhluk iaitu arnab.
Namanya tidak dapat dikenalpasti, dia hidup sendirian
dan hampir setiap malam berdoa akan tuhan supaya dikurniakan teman yang baik hati.

Tidak lama, wujudlah seekor teman, berganda ganda besar dari saiznya sendiri.
Ia adalah seekor gajah, kelabu warnanya.
Arnab itu putih warnanya, putih juga gigi nya tatkala tersenyum melihat teman yang hadir.
Dia pun segera menjamu pelbagai makanan yang mampu dia dapatkan,
lobak merah, lobak putih, labu, sawi, ubi keledek, ubi kentang dan sebagainya.
Gajah berterima kasih panjang, kenyang perutnya malam itu.
Setelah penat berkenalan, bersembang dan makan makan,
mereka tidur di bawah satu pohon yang amat rendang letaknya di atas tanah sedikit tinggi.

Lalu masa pun berlalu, hari hari arnab membantu gajah mencari makanan, mereka makan bersama sama, indahnya persahabatan.
Lama lagi, gajah sudah pandai memetik buah, buah buahan segar menjadi menu baru nya, dan bukan lagi makanan makanan dari tanah.
Arnab? dia hanya makan buah buahan yang gugur yang belum lagi busuk pada kirannya.
Gajah itu sekali sekala mengajak arnab menjamah, arnab selalu jawab tidak,
maka tidak dapatlah buah buah segar.

Lama kelamaan, gajah itu membesar mengalahkan saiz lori,
besar kerana zat zat segar makanannya,
dia pun semakin malas, di sepah sepahkan sisa makanan merata rata.
Arnab yang kecil itu masih lincah, lalu pergi membantu, kerana dia pernah di pesan pemiliknya "dahulu kamu inginkan teman, sekarang bersabar kerana dia adalah teman kamu"

Arnab jalankan hari harinya seperti biasa, makan, minum, ada kala membantu gajah, adakala tidak, tp pada waktu malam, dia berdoa. Berdoa supaya ada teman teman lagi.
Katanya seronok jika ada lagi ramai teman.

Tatkala pagi menjelma, arnab pun bingkas bangun.
Terkejut dilihatnya gajah berdiri di belakangnya terketar ketar ketakutan.
"kenapa?", si arnab bertanya. "takut", balas gajah.
Kemudia si arnab mengalih pandangan ke hadapan,
Dilihatnya seekor tikus gemuk sedang senyum mngucapkan "hai"
gajah bertambah takut, mengigil dan berpeluh peluh sehingga hilang 300 kalori.

Dengan senyum lebar, tikus itu berjalan setapak demi setapak ke arah arnab.
"pap, pap, pap, pap, pap"
Cukup cukup lima langkah dan tikus itu sudah berhadapan dengan arnab.
Lalu bertanya kepada arnab, "siapa belakang itu?"
"gajah", jawab arnab.
"waaahhh apa khabar gajah kelabu?", sapa si tikus lalu menepuk kaki gajah tanda perkenalan.

Tiba tiba, gajah itu hilang menjadi butiran butiran air yang naik kelagit dan hilang entah ke mana. Mereka berdua hairan dan terdengar satu suara, "biarkan dia, dia ke tempat lain"
Dengan perasaan takut, mereka berdua lari sepantas pantasnya naik ke atas bukit yang paling tinggi di atas pulau itu.

Tercungap cungap mereka kerana ketakutan, tetapi hanya sebentar.
Kerana si arnab ternampak bahawa disebalik bukit itu terdapat pelbagai jenis binatang yang semuanya baik hati. Dia menangis gembira, dan berkata dalam hati, "aku akan rindu akan kamu gajah mula mula aku kenali". tamat

anehan semut semut dunia

Khamis malam, aku berjalan sendirian tanpa rakan, tanpa teman, tanpa kekasih. Tiada yang aku fikirkan, tiada yang aku luahkan. Kosong, malam aku kosong sebentar tanpa siapa siapa pun tahu. Aku teringin mengisi perut aku yang lapar, sendirian. Setapak demi setapak aku menuju ke salah satu gerai yang masih buka, sudah pasti, hampir tutup. "Sotong campur sos BBQ siram atas nasi satu kakak". Tidak sampai 10 minit menunggu, makanan pun sampai.

Dengan senyum lebar aku besarkan langkah aku mencari kerusi entah di mana. Tiga minit berjalan aku akhirnya duduk di atas simen tinggi. Terasa bahang dari simen hasil ledakan haba dari matahari ciptaan tuhan. Aku bersila ingin menjamu selera makanan yang aku fikir sudah cukup mewah dan hebat itu. Bersuluhkan lampu dari talifon bimbit aku meyuap sesudu demi sedusu. Sedap sedap. Perut dan lidah aku selalu saling setuju sesama sendiri. Tapi, mata aku terlihatkan perkara lain. Semut semut dunia.

Pernah aku dikhabarkan dari mata, telinga, dan orang orang sekeliling aku bahawa lelaki dan wanita adalah lain. Lalu sampai kini, aku masih mampu membezakan mereka. Mata aku melihat ramai manusia, tetapi tersangkut pandangan aku pada dua orang yang berlainan ciri dan perwatakan.

Seorang lelaki hadir berupa wanita, manakala seorang wanita hadir berupa lelaki. Si wanita membawa beg tarik, si lelaki membawa beg kepit celah ketiak. Si wanita berseluar pendek paras atas kepala lutut, dan berbaju T warna kelabu. Lagaknya macho sambil menghembus asap rokok. Si lelaki menutup aurat, ya, berseluar panjang melebihi buku lali, memakai baju T dan memakai satu lagi lapisan menunjukkan ada sedikit gaya. Dia mendengar lagu dari pemain muziknya. Dua dua ini berbeza, sangat berbeza. Aku perhati kan sambil aku menghabiskan makanan aku hingga cebisan akhir.

Lalu aku biarkan mereka, biarkan mereka kerana aku bukan mampu melakukan apa pun. Perlahan lahan aku baringkan badan aku kemudiannya. Aku nampak bintang bintang bertebaran pada langit gelap. Indah, aku perhatikan lama lama dan aku teringat, Aku lihat bintang yang sama dengan semalam. Semua aku nampak. Dari dua orang manusia, orang menunggu teksi, kereta kereta, dan bintang. Alhamdulillah aku masih tidak hilang deria melihat. Alhamdulillah dengan mata Tuhan aku tunjukkan betapa besarnya ciptaanNya. Alhamdulillah.

Tuesday, June 22, 2010

kristal mimpi kuning ku

Ini bukan satu kisah, bukan juga satu cerita. Aku karyakan cebisan yang mampu aku coretkan di sini ketika di meja hujung katil ku. Banyak spring dalam katil aku, begitu juga mimpi kristal kuning aku. Tapi, aku pasti bukan spring dalam kata mimpi. Mungkin bonjolan bonjolan yang tak mampu aku ubah seperti kata westlife dalam "nothing gonna change my love for you".

Malam hanya lah malam, tapi Dia menyentuh hati aku pada panas pagi
Bukan lagi dingin kerana sudah tinggi matahari di kala musim panas sebegini
Bukan itu coretannya, hanya tidak faham kenapa sukar
Kenapa sukar berhenti senyum
Dan kenapa sukar memulakan mimpi kristal kuning ini

Malam itu, aku berlari kerana terlihatkan kerabat gembira mengekori,
Aku perhatikan jambatan pada halaman pandanganku
Cukup cantik, ukirannya cukup tidak berkurang,
Bahkan pada selekohnya terdapat salji salji beku,
Belum lagi kuning kristalnya, belum lagi

Kami daki, kerana bukan aku seorang
Tinggi jambatan, curam tidak masuk akal, tapi kami lepas
Ada yang tergolek, kami tidak, gembira sebentar
Lalu nampak kawasan penuh dengan kawanan memori
Memori "how much i love you" yang sukar ditunjukkan

Di pendekkan, kerana aku tidak akan bercerita,
Tiba di kedai perhiasan, kedai kraftangan milik orang yang aku kenal
PAP, aku tersungkur kerana terlanggar tudung saji d depan muka
Nah, tersungkur sampai keluar kedai,
Aku bingkas bangun kerana takut malu,
Lalu ku terlihat sesuatu yang mana aku tidak akan sorokkan selamanya
Itu janji aku

Aku menangis, ya berderai air mata aku
kerana nothing's gonna change my love for you,
kerana you ought to know by now how much i love you
kerana one thing you can be sure of
kerana i'll never ask for more than your love
kerana itu aku terus tertidur atau terpengsan..
kerana mimpi kristal kuning

Saturday, May 22, 2010

bukan hukum aku sebutkan

berjalan aku atas kaki yg berlekuk tidak rata ini
ada kalanya merasakan sesuatu berselindung darinya
ku bisikkan pinta ku ingin mengetahui apakah ia
samar samar ku dengar kan ia berkata
kata yang bagi ku bukan jelas sekadar untuk difahami

lalu dengan buta dan bisu
hati aku cuba menjerit
cuba memanggil
lalu cuba melihat
menoleh ke sana ke mari
tidak kelihatan hanya gelap sekitar

pinta supaya sedar
walau tidak aku kejut
kerana aku bukan mampu melakukan

aku tidak sebutkan hukum
siapalah aku

tapi jangan silap
aku tidak cinta kamu
jauh sekali kerana sebab sebab
aku tidak akan bercerita

tapi awas
aku tidak mampu bersuara
mungkin tingkah ada sedikit serba serbi
maaflah
aku tidak menyebut hukum
kerana aku bukan arif tentangnya
jangan sampai aku tawar tawar hingga ke sudah
ingat kalau kamu punya deria
ingat sekali lagi
aku tidak sebutkan hukum

Tuesday, April 13, 2010

carik carik hari hari sudah

masa kecil kecil, mak selalu pesan, jangan berlaku buruk, jangan berlaku jahat.
nk tahu kenapa?
kenapa mak? aku tanya penuh persoalan kecil kecil
mak jawab dengan selamba yaya nya
nanti marah dek orang,
nanti pulau dek orang,
ingat, kita bukan org senang lenang anak raja,
buat baik dengan semua org,
kalau orang tak sayang pun tak apa,
janji Tuhan sayang kita.

selepas bersuluh meniti ratusan ratusan hari.
banyak manusia aku jumpa
ada putih gelap coklat kuning dan macam macam
hmm..banyak beza banyak lain nya.
tidak semua aku berkata pada nya
segelintir aku fikir ada.
ya ada segelintir.

sampai ke hari ini aku tahu. aku tahu bahawa setiap manusia selalu ada kesalahan mereka. kerana kesilapan itu lumrah. diri yang mampu kurang kan kesalahan. adapun suatu hari aku berbuat kesalahan. pada fikiran aku masa itu, mungkin penat gamaknya, aku marah. mungkin dengan nada emosi, ayat ayat aku mencalar hati manusia lain.

lama aku fikir. fikir punya fikir, aku terjumpa memang aku lukakan hati manusia itu.
aku mengadu pada ibu tiri. satu satunya ibu tiri yang aku ada di muka bumi ini.
ibu tiri aku selalu berpesan pergi lah minta maaf. ibu tiri aku berpesan bahawa orang yang meminta mmaf itu adalah lebih baik. aku dengar, aku tidak buat. diulang lagi oleh ibu tiri, aku dengar, aku tidak buat. tapi kali ketiga aku lakukan. aku mohon maaf kerana secebis hati aku berbisik buangkan ego aku yang menggunung tinggi bahkan melangit luas. MINTA MAAF aku sampaikan pada mu. biar bukan secra lisan, secara teknikalnya aku telah berkata kata. manusia itu berkata tidak mengapa kerana hal sudah lama. lega hati aku. lega lega.

pada dasarnya, betul kata ibu tiri, memang meminta maaf itu susah, tetapi sesiapa yang meminta maaf itu lebih baik. seterusnya aku sedar, memberi kemaafan itu lebih sukar jika meminta maaf itu sukar. sukar sekali.

tetapi, adalah satu yang lebih sukar dari memaafkan atau pun meminta maaf, iaitu, ikhlas. susahnya keikhlasan itu untuk terbit dari maaf dan kemaafan. istighfar sepuluh kali aku fikirkan.
ikhlas kah aku. tak mengapa aku cuba lagi jika rezeki menyebelahi aku.

terima kasih ibu tiri kerana nasihat anda. terima kasih mak kerana pesan mak yang tak terbayar harganya. aku minta maaf. aku mohon kamu maafkanlah aku.

Thursday, March 25, 2010

kalaulah..

parti bebas?
aku bebas pilih dan kau jangan kacau

tak mahu kena pukul kan?
memang aku tak mahu pukul
sebab aku seekor penguin kurus.

habis tu kenapa kacau?
kau suka aku?
terangkan kenapa?
sebab apa?
siapa recommend?

mak senah ke?
tidak mengapa..aku ni bukan bagus.
pergi pergi pergi
lari dan terbang laju laju

Sunday, February 21, 2010

. . . gelap . . .

Hari itu, aku bangun
gelap..semua keliling aku gelap.

Aku dengar bunyi air
mungkin hujan,mungkin sungai yang mengalir ke hilir.

Kemudian aku lihat
itu adalah sungai,
ada dua bot di sana,
satu besar dan satu kecil.

Pelik, suasana seperti di kampung
aku nampak mak,
tapi dia tidak pedulikan aku.
kaku, pelik.

Ada dua orang jahat datang,
jahat..jahat..
hajatnya ibarat iblis.
habis aku..!

Mak aku muncul kembali,
kali ini aku lihat dia,
rupanya,
mungkin dia tidak nampak.

Penjahat tiba - tiba hilang.
Gelap kembali.
Gelap.

Tuesday, February 16, 2010

ku baca cerita manusia (2)

Sudah seminggu, kemudian sebulan, kemudian dua bulan anak tersebut menunggu untuk keluar dari istana khayalan ayahanda nya. Harapan, harapan sahaja. Dia tidak berani mencuba, dia belum sedia, dia tiada daya. "ishhh payah benar! susah! bodoh betul orang-orang bapak ni..! Semak!" itu tempiknya pada bantal bersulam di kamarnya sebesar rumah pangsa.

Satu malam anak itu dahaga, dia turum ke dapur, mencari apa sahaja minuman untuk membasahkan tekak nya. Dia turun meraba - meraba tangga. "glupp...ahhh. Lega." katanya. Sekilas dia ternampak cahaya dari luar dapur rumahnya. Dengar gelak ketawa, keluhan - keluhan syaitan, dan macam - macam lagi yang tidak patut di dengar.

"hmm...! Peluang aku dah sampai! Dalam keadaan sejuk mengigil, berselipar, dan berbaju tidur, anak itu kabur dari istana tersebut. Menyelinap dari satu bangunan ke satu bangunan, dalam gelap, dia memijak segala apa yang ada di atas tanah..segala - galanya yang dia tidak gemari sejak dia sudah mula berfikir.

Halanya belum tahu, dia kabur entah ke mana dalam pekat gelita malam. Biar dingin pagi mencucuk hidung dan dadanya. Hah, enggan dia kembali ke bilik bukan miliknya pada dasarnya. Lari dan lari, kerana tidak tahu, keadaa semakin gelap memekat, semakin sejuk membeku, semakin sunyi menyepi, yang ada hanya bunyi cengkerik nyaring menyanyi, cahaya bulan memantul, dan kelibat - kelibat kelawar.

Muncul rasa takut, kakinya sejuk menggeletar, tangan berpeluh basah, meremang bulu roma. Anak itu kaget kemudian dia berhenti mencangkung, menutup muka ke bawah, mengigil, takut katanya. "Rasakan, aku sudah cakap pada kamu, degil, tak dengar kata, tak guna, bodoh..!", itu kata - kata yang dengar sipi - sipi dari cuping telinganya. Dia mula menangis, tersedu - sedan, teresak - esak tidak berlagu.

"Pap!"

Ada yang menepuk bahunya. Terdiam anak itu, langsung tidak bergerak, kaku, esaknya berhenti, sedunya tersangkut, tangannya basah lagi, peluhnya melimpah ruah, mata nya membulat. Masa itu, cahaya bulan terang benderang melantunkan cahaya matahari. Maka nampaklah oleh nya bayang - bayang sesuatu dari belakang yang menepuknya.

"Kenapa menangis cu, kenapa berpeluh cu, kenapa mengah cu?" lembut lontaran suara seperti seorang datuk yang gemar akan cucunya. Anak itu angkat mukanya, dia buat muka seburuk mungkin, sempat dia lipat kelopak matanya, dan mencebik. Kononnya mahu menakutkan ornag yang menepuknya itu. "satu......dua......tiga!" bisiknya dalam hati.

"Haaaah!"

Tuesday, January 26, 2010

ku baca cerita manusia (1)

Kisah itu bermula di suatu hutan yang sangat misteri. Manusia jarang - jarang menjejakkan kaki ke dalam hutan tersebut kerana takut akan kegelapan yang menyelubungi hutan. "Hutan itu gelap pekat, lagi pekat dari kopi Mak Itam bini Pak Mail nun." Itulah kata yang sering didengar tatkala ada yang bercadang mahu memburu pelanduk atau apa binatang pun di hutan tersebut. Pernah suatu masa dahulu ada yang teringin mencebar kekuatan batin diri masuk ke hutan itu, namun gagal lalu mengalah hanya di pintu hutan tersebut. Khabarnya ada suatu perasaan yang jarang - jarang dirasa, suara yang jarang - jarang didengar, dan satu ingatan yang jarang - jarang dibayangkan. Lalu laki - laki terbabit pulang ke rumah ketakutan memaparkan satu perasaan yang membuatkan penduduk mana -mana pun takut hendakke hutan itu.

Hutan itu tidak bertuan, tidak juga bernama. Berpenghuni? Ramai orang sedar bahawa hutuan itu tidak berpenghuni, tetapi berhantu kata mereka. Apa mereka tahu? Berfoya - foya pada malam minggu di istana jajahan keturunan si jahanam pengkhianat raja satu masa dahulu. Hah, memang. Memang semua orang di situ tiada gunanya. Berduit tetapi tidak berharta, bermata tetapi buta, bersuara tetapi bisu, berdaya tetapi mati!

Jauh di dalam hutan yang dikatakan berhantu, berpuaka, berjembalang, dan berapa-apakah itu adanya satu puak yang tinggal. Satu puak itu tiada nama. Jumlah penduduk adalah sama dengan jumlah penduduk di sekelilingnya. Di sana sebenarnya terang benderang. Di sana ada tempat belajar, ada majlis - majlis ilmu, ada tempat beribadat, ada segala - galanya. Tetapi kenapa ramai takut ingin ke sana.

Itulah perkabaran jahil. Tidak tahu maksudnya. Mungkin manusia belum tahu isi tempat itu kerana cerita seorang abdi yang pengecut mengalah tanpa bermula. Tetapi, bukan pun aman penduduk hutan itu. Mereka seolah - olah sepi tanpa pengunjung, seolah - olah sepi tanpa kawan, tanpa manusia lain yang sudi berkongsi cerita atau sedikit jajan. Lalu, ada seorang kanak-kanak antara penduduk ini berdoa agar mendapat rakan. Rakan supaya dia tidak sunyi lagi.

Tuhan Maha mendengar doa nya. Lalu dengan takdir Tuhan itu, ada seorang lagi kanak - kanak sederhana kecil saiz badannya, sederhana umurnya, tetapi geliga otaknya, bedoa juga agar mendapat teman untuk berrmain. Bukankah dia ramai jiran sependuduk, atau sepatutnya bergembira selalu di malam minggu bersama teman - teman lain. Tidak, dia sebenarnya sunyi, hatinya tidak gembira dengan mainan - mainan bukan haknya katanya. Dia adalah putera bongsu pemerintah di situ. Dia tidak dibenarkan ke mana - mana selagi belum tamat belajar, atau cukup umur 17 tahun.

Satu malam itu.....

Saturday, January 23, 2010

emosi kawan aku

Ada satu malam yang sangat kalut keadaannya. Ramai di sini dan ramai di sana. Semua pun sibuk mengerah jenera masing-masing berkerja sekeras habis untuk memastikan majlis malam itu menjadi dengan sempurna.

Kalau ada gembira pasti ada yang terluka. Terluka bukan dalam, hanya pada dasar tetapi melampau. Lalu aku tersedar keadaan tersebut lalu pergi bertanya kepada mangsa emosi hati itu. "kamu kenapa? Ada masalah atau apa?" Lalu dia berkata, "Baik kamu pergi siapkan kerja kamu yang belum sudah itu, jika tidak nanti ramai yang marah kamu."

Lalu aku pergi. Namun hati aku mendengar hatinya berbisik-bisik menyatakan sesuatu. Bukan pada siapa-siapa pun tujuannya. Mungkin aku? Pun bukan kerana aku terdengar nama-nama tersebut. Hmm.

Malam itu aku ingin pergi bertanya kembali sebelum majlis bermula. Aku pergi, namun dari jauh hatinya berbicara lebat sekali lagi mengatakan keengganan. Tapi dia tidak tahu bahawa hati ku biusa dengar kata hatinya. Tetapi belum aku sedar bahawa orang lain tidak mendengar. Aku juga baru sedar hatinya berbicara bersama-sama hati aku. Lalu hatinya berkata, "Janganlah kau beritahu siapa dia, apa dia, kenapa dia. Kerana rahasia aku adalah hanya untuk kamu. Kamu ingat ini. Terima kasih."