Saturday, July 10, 2010

anehan semut semut dunia

Khamis malam, aku berjalan sendirian tanpa rakan, tanpa teman, tanpa kekasih. Tiada yang aku fikirkan, tiada yang aku luahkan. Kosong, malam aku kosong sebentar tanpa siapa siapa pun tahu. Aku teringin mengisi perut aku yang lapar, sendirian. Setapak demi setapak aku menuju ke salah satu gerai yang masih buka, sudah pasti, hampir tutup. "Sotong campur sos BBQ siram atas nasi satu kakak". Tidak sampai 10 minit menunggu, makanan pun sampai.

Dengan senyum lebar aku besarkan langkah aku mencari kerusi entah di mana. Tiga minit berjalan aku akhirnya duduk di atas simen tinggi. Terasa bahang dari simen hasil ledakan haba dari matahari ciptaan tuhan. Aku bersila ingin menjamu selera makanan yang aku fikir sudah cukup mewah dan hebat itu. Bersuluhkan lampu dari talifon bimbit aku meyuap sesudu demi sedusu. Sedap sedap. Perut dan lidah aku selalu saling setuju sesama sendiri. Tapi, mata aku terlihatkan perkara lain. Semut semut dunia.

Pernah aku dikhabarkan dari mata, telinga, dan orang orang sekeliling aku bahawa lelaki dan wanita adalah lain. Lalu sampai kini, aku masih mampu membezakan mereka. Mata aku melihat ramai manusia, tetapi tersangkut pandangan aku pada dua orang yang berlainan ciri dan perwatakan.

Seorang lelaki hadir berupa wanita, manakala seorang wanita hadir berupa lelaki. Si wanita membawa beg tarik, si lelaki membawa beg kepit celah ketiak. Si wanita berseluar pendek paras atas kepala lutut, dan berbaju T warna kelabu. Lagaknya macho sambil menghembus asap rokok. Si lelaki menutup aurat, ya, berseluar panjang melebihi buku lali, memakai baju T dan memakai satu lagi lapisan menunjukkan ada sedikit gaya. Dia mendengar lagu dari pemain muziknya. Dua dua ini berbeza, sangat berbeza. Aku perhati kan sambil aku menghabiskan makanan aku hingga cebisan akhir.

Lalu aku biarkan mereka, biarkan mereka kerana aku bukan mampu melakukan apa pun. Perlahan lahan aku baringkan badan aku kemudiannya. Aku nampak bintang bintang bertebaran pada langit gelap. Indah, aku perhatikan lama lama dan aku teringat, Aku lihat bintang yang sama dengan semalam. Semua aku nampak. Dari dua orang manusia, orang menunggu teksi, kereta kereta, dan bintang. Alhamdulillah aku masih tidak hilang deria melihat. Alhamdulillah dengan mata Tuhan aku tunjukkan betapa besarnya ciptaanNya. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment