Wednesday, July 28, 2010

aminkan untuk dia

it is a she
that night, when i saw her,

she was so hungry,
makan sambil tersedak sedak

she was so sad,
sampai berair mata dia

and one thing she couldn't tell
maybe for us she is just a cat,
but for her we are everything
*credit to bobby melayu*

Sunday, July 25, 2010

diari dan catatan baru

Hari ini, belum pernah dalam jangka masa yang lama, aku sedar akan diri sendiri. Setelah terlalu banyak masalah yang aku cari, yang aku tidak selesaikan, yang aku kusutkan, dan yang aku biarkan terbengkalai dan berkulat.
Malam ini, belum pernah dalam masa yang begitu lama, aku risau akan buku markah aku, diari aku yang tertertumpah dakwat hitam, nota aku yang comot, dan buku yang berconteng dengan warna warna yang tidak cantik.
Saat ini, belum pernah aku risau, sejarah aku yang haru biru, masa lampau yang aku gores gores dengan besi tajam, muka surat muka surat yang aku fitnah dengan kata kata kesat, dan lapisan lapisan masa lama yang aku tergamak biarkan parasit membiak biak.

Dan untuk itu, aku mengambil satu kata kata yang berat, untuk bersihkan satu persatu, biarpun masa adalah satu masalah yang sangat besar.
Akan aku cari pemadam paling besar, penyapu paling lebar, dan mop paling tebal, untuk aku bersihkan segala yang mampu.

Dan untuk itu, aku akan berdoa dengan lebih kuat.
Bukan supaya aku bagus atau sebagainya.
Supaya mereka akan tersenyum pada hari kemudian.amin

Wednesday, July 21, 2010

nada dari hutan

Hari membilang tiada berjari
berkaki,
luka seribu calar sembilu
tak terungkai bisanya


meniti satu demi datu
titi titi rapuh
melintas satu demi satu
titis embun embun

kata
namun tiada penghabisnya.

Biar seindah mana
nada disusun, lirik diatur
rasa tetap rasa

masih lagi
mencari sesuatu yang ada,
hanya mungkin hari terlalu lambat
sehingga akal terlupa,
atau saat terlalu cepat
hingga hati tercicirkan ia.

entah di mana kamu menghilang
diri dan jasad
sudah jarang menyatu
sudah kabur berdoa
sudah samar samar berzikir

akhirnya
hanya mencipta ketawa siluman hutan
hina sungguh

Sunday, July 18, 2010

coklat manis itu bukan milik aku

pernah mata membaca
hati pula melihat
sedalam dalam daya menterjemah



satu persatu ayat ayat itu
*atau ayat mereka, kerana itu yang sebenarnya

sungguh manis
seperti madu cecah coklat extra susu

peliknya
tak mampu dibayangkan

adanya diri di situ, kerana memang tiada
tidak juga mampu
dibayangkan hati ini memiliki perkara sama


yang tidak peliknya
ia bukan milik diri
ia tidak akan ada pada diri
tapi
kawannya ada........*senyum*










selamat bahagia kawan

Thursday, July 15, 2010

coklat capati versi pah pah pah

pah pah pah jalan jalan atas kaki kaki yang sakai sakai
ketawa senyum senyum dan marah marah
lalu jatuh sakit.

ada bertanyakan kenapa.
kenapa kenapa kenapa.
kerana salah makan.
coklat capati versi pah pah pah.
lalu tidur dari pagi hingga ke petang.

sampai ke sekolah.kosong?

Monday, July 12, 2010

kelabu hati hijau

Cerita hidup jika mahu diungkap,
ibarat menebar belon belon sel hati ke tapak court tenis,
banyak dan ia akan bertambah bayak
dengan mitosis yang pantas.

Tapi bila hati bergema siapa yang tahu,
bila hati berteriak siapa yang dengar,
bila hati dahaga siapa hidangkan air manis,
belum tentu
belum tentu ada siapa siapa.

Lalu karamlah hati itu dalam kelemasan yang tumpul,
tiada penghujung yang berpenjuru,
tiada penghujung yang menghalakan,
tergantung ia tiada berpaut.

Andai ada yang tahu,
andai ada yang rasa,
andai ada yang mampu baca,
andai ada yang mampu berkata,
andai ada yang mahu simpati,
andai ada yang mahu temani,
andai ada yang mahu seikhlasnya.

Hati itu pasti senyum.

Sunday, July 11, 2010

lesap daya, dada membidang hebat

satu manusia, dua manusia
yang membezakan?
agama, fizikal, mental.
kalau agamanya sama,
fizikal dan mental belum tentu,

tanpa sedar titik masa berlepas,
manusia manusia itu sedar,
sedar akan sifat sifat manusia manusia lainnya.
ada berbelang ada berbintik.

dihalau pulang, dipanggil pergi,
dimasuk keluar, dikeluar masuk,
penting nya diri sendiri pada manusia ini.
semuanya dia sendiri,
berjayanya dia sendiri,
baik hatinya biarlah dia sendiri,

manusia lainnya,
biarlah dia pilih siapa dia suka,
biarlah dia buang siapa yang tiada sukanya,
kerana manusia seperti ini,
tidak akan pernah survive bersendirian,
kerana tiada orang
untuk ditujukan betapa pentingnya diri sendiri. sudah

Saturday, July 10, 2010

tikus, gajah dan arnab

Adanya satu lautan yang sangat besar,
besar lautan itu sebesar yang tidak mampu dijangkau oleh perenang Philips.
Tidak jauh dari daratan terdekat, terdapatnya satu pulau,
indahnya pulau itu ibarat pulau khayalan kanak kanak yang penuh comel comel seratanya.
Terdapat banyak pokok yang bulat bulat dan rendang daunnya,
Kebanyakan pokok itu mengeluarkan buah sepanjang tahun.
Tanahnya pula dipenuhi rumput rumput carpet yang amat hijau warnanya,
di tepi tepi rumput itu tertanamnya berbagai bagai bunga,
menciptakan warna warni pada mata sang melihat.

Lalu, diciptakan satu makhluk iaitu arnab.
Namanya tidak dapat dikenalpasti, dia hidup sendirian
dan hampir setiap malam berdoa akan tuhan supaya dikurniakan teman yang baik hati.

Tidak lama, wujudlah seekor teman, berganda ganda besar dari saiznya sendiri.
Ia adalah seekor gajah, kelabu warnanya.
Arnab itu putih warnanya, putih juga gigi nya tatkala tersenyum melihat teman yang hadir.
Dia pun segera menjamu pelbagai makanan yang mampu dia dapatkan,
lobak merah, lobak putih, labu, sawi, ubi keledek, ubi kentang dan sebagainya.
Gajah berterima kasih panjang, kenyang perutnya malam itu.
Setelah penat berkenalan, bersembang dan makan makan,
mereka tidur di bawah satu pohon yang amat rendang letaknya di atas tanah sedikit tinggi.

Lalu masa pun berlalu, hari hari arnab membantu gajah mencari makanan, mereka makan bersama sama, indahnya persahabatan.
Lama lagi, gajah sudah pandai memetik buah, buah buahan segar menjadi menu baru nya, dan bukan lagi makanan makanan dari tanah.
Arnab? dia hanya makan buah buahan yang gugur yang belum lagi busuk pada kirannya.
Gajah itu sekali sekala mengajak arnab menjamah, arnab selalu jawab tidak,
maka tidak dapatlah buah buah segar.

Lama kelamaan, gajah itu membesar mengalahkan saiz lori,
besar kerana zat zat segar makanannya,
dia pun semakin malas, di sepah sepahkan sisa makanan merata rata.
Arnab yang kecil itu masih lincah, lalu pergi membantu, kerana dia pernah di pesan pemiliknya "dahulu kamu inginkan teman, sekarang bersabar kerana dia adalah teman kamu"

Arnab jalankan hari harinya seperti biasa, makan, minum, ada kala membantu gajah, adakala tidak, tp pada waktu malam, dia berdoa. Berdoa supaya ada teman teman lagi.
Katanya seronok jika ada lagi ramai teman.

Tatkala pagi menjelma, arnab pun bingkas bangun.
Terkejut dilihatnya gajah berdiri di belakangnya terketar ketar ketakutan.
"kenapa?", si arnab bertanya. "takut", balas gajah.
Kemudia si arnab mengalih pandangan ke hadapan,
Dilihatnya seekor tikus gemuk sedang senyum mngucapkan "hai"
gajah bertambah takut, mengigil dan berpeluh peluh sehingga hilang 300 kalori.

Dengan senyum lebar, tikus itu berjalan setapak demi setapak ke arah arnab.
"pap, pap, pap, pap, pap"
Cukup cukup lima langkah dan tikus itu sudah berhadapan dengan arnab.
Lalu bertanya kepada arnab, "siapa belakang itu?"
"gajah", jawab arnab.
"waaahhh apa khabar gajah kelabu?", sapa si tikus lalu menepuk kaki gajah tanda perkenalan.

Tiba tiba, gajah itu hilang menjadi butiran butiran air yang naik kelagit dan hilang entah ke mana. Mereka berdua hairan dan terdengar satu suara, "biarkan dia, dia ke tempat lain"
Dengan perasaan takut, mereka berdua lari sepantas pantasnya naik ke atas bukit yang paling tinggi di atas pulau itu.

Tercungap cungap mereka kerana ketakutan, tetapi hanya sebentar.
Kerana si arnab ternampak bahawa disebalik bukit itu terdapat pelbagai jenis binatang yang semuanya baik hati. Dia menangis gembira, dan berkata dalam hati, "aku akan rindu akan kamu gajah mula mula aku kenali". tamat

anehan semut semut dunia

Khamis malam, aku berjalan sendirian tanpa rakan, tanpa teman, tanpa kekasih. Tiada yang aku fikirkan, tiada yang aku luahkan. Kosong, malam aku kosong sebentar tanpa siapa siapa pun tahu. Aku teringin mengisi perut aku yang lapar, sendirian. Setapak demi setapak aku menuju ke salah satu gerai yang masih buka, sudah pasti, hampir tutup. "Sotong campur sos BBQ siram atas nasi satu kakak". Tidak sampai 10 minit menunggu, makanan pun sampai.

Dengan senyum lebar aku besarkan langkah aku mencari kerusi entah di mana. Tiga minit berjalan aku akhirnya duduk di atas simen tinggi. Terasa bahang dari simen hasil ledakan haba dari matahari ciptaan tuhan. Aku bersila ingin menjamu selera makanan yang aku fikir sudah cukup mewah dan hebat itu. Bersuluhkan lampu dari talifon bimbit aku meyuap sesudu demi sedusu. Sedap sedap. Perut dan lidah aku selalu saling setuju sesama sendiri. Tapi, mata aku terlihatkan perkara lain. Semut semut dunia.

Pernah aku dikhabarkan dari mata, telinga, dan orang orang sekeliling aku bahawa lelaki dan wanita adalah lain. Lalu sampai kini, aku masih mampu membezakan mereka. Mata aku melihat ramai manusia, tetapi tersangkut pandangan aku pada dua orang yang berlainan ciri dan perwatakan.

Seorang lelaki hadir berupa wanita, manakala seorang wanita hadir berupa lelaki. Si wanita membawa beg tarik, si lelaki membawa beg kepit celah ketiak. Si wanita berseluar pendek paras atas kepala lutut, dan berbaju T warna kelabu. Lagaknya macho sambil menghembus asap rokok. Si lelaki menutup aurat, ya, berseluar panjang melebihi buku lali, memakai baju T dan memakai satu lagi lapisan menunjukkan ada sedikit gaya. Dia mendengar lagu dari pemain muziknya. Dua dua ini berbeza, sangat berbeza. Aku perhati kan sambil aku menghabiskan makanan aku hingga cebisan akhir.

Lalu aku biarkan mereka, biarkan mereka kerana aku bukan mampu melakukan apa pun. Perlahan lahan aku baringkan badan aku kemudiannya. Aku nampak bintang bintang bertebaran pada langit gelap. Indah, aku perhatikan lama lama dan aku teringat, Aku lihat bintang yang sama dengan semalam. Semua aku nampak. Dari dua orang manusia, orang menunggu teksi, kereta kereta, dan bintang. Alhamdulillah aku masih tidak hilang deria melihat. Alhamdulillah dengan mata Tuhan aku tunjukkan betapa besarnya ciptaanNya. Alhamdulillah.