Tuesday, September 29, 2009

jumpa kamu dalam hujan

Dalam kedinginan suatu malam yang sayup-sayup ku dengar bunyi anginNya, ku dengar bunyi percikan air hujanNya dari tingkap cermin beralas jaring ku, ku dengar suara penghawa dingin dari rumah atasku meniup udara habaNya, ku mengigil juga kerana suhuNya. Aku menyelinap ke dalam selimut toto yang tidak setebal mana tapi cukup untuk memanaskan tubuh ku yang kurus ini. Aku selubung diriku dalamnya, coklat warnanya, wangi baunya, berbau katil tempat ku tidur, bau yang ku gemari dejak ku bersuara di muka bumi ciptaanNya.

Asalnya bukanlah toto bahan bualan hati aku malam ini, sahaja aku menggemar bercerita penyedap mulut dan meregangkan jari jemari kerana bukan lah mudah untuk ku menaip sekaligus dengan laju beratus-ratus ayat dalam puluhan saat. Aku akur dengan kehendak hati aku malam itu. Aku merelakan hati aku membenarkan jari-jemari aku merayap dalam gelap bilik tidurku dengan sedikit limpahan lampu di luar pintu seakan-akan kekuning-kuningan. Aku tidak melihat dengan jelas apakah yang akan aku genggam kerana suasana dalam selimut amat romantis keranna suhunya yang suam dan berhawa.

Ku biarkan jari-jemari aku bergerak lagi, ha! itu dia aku dapat. Satu demi satu butang ku buka, bukan sebarangan buka, buka ku dengan gelora nafsu yang ingin aku selami, angin dingin bertukar suam, apakah isi dalamnya di sebalik butang-butang yang aku buka, ku dengar bunyi jantung ku berdetup-detap tidak sabar menanti buahan hasilnya. Mungkin sesetengah manusia lebih biasa dengan kata butang-butang yang aku tekan. Lebih sopan kiranya. Tapi maksud ku butang (*) dan butang unlock di pad talifon bimbit murah ku.

Beberapa kiraan seterusnya aku tergempar. Dengan suatu gambaran yang aku kira suatu yang amat dekat dengan diriku di masa setahun setengah sebelum sebulan yang lalu. Ku rindukan baunya. Walaupun tidak sesedap mana baunya jika di bandingkan dengan baju tidurku tiga hari yang lepas. Aku mencari bau nya, hidung ku meraba-raba mencari, minda ku berlari-lari anak mengejar memori itu, tangan aku ligat menggenggam dan menekan-nekan apa yang patut. Ku akur, bukan senang ku cari baunya, hanya dia yang ada. Itu sebabnya aku rindu akan nya.

Bukan sekadar baunya, tetapi suara nyaring nya yang sering ku dengar dari sisi kanan ku, di pagi hari ku, di tengah hari ku, di kala petang ku. Nyaringnya tidak ku dustai. Sayup-sayup suaranya, aku meligat mencari jika adanya diriku ini di sana. Melihatnya baru puas hati ku, memegangnya baru puas hati ku, menciumnya baru puas hati ku, memeluknya baru seronok hati ku. Kerana ku tahu dia sihat, kerana ku tahu dia tidak berlapar, kerana ku tahu dia berteman, kerana ku tahu. Kerana dia di sebelah kanan ku juga akan ku tahu, dia lapar akan sesuatu. Dia mohon sesuatu, dan dia menginginkan sesuatu yang akan mampu ku tunaikan.

Nah pisang buat mu. Nah betik buat hisapan mu. Nah...aku rindu kamu Timah.

Sunday, September 27, 2009

kisah anak kucing berkening lebat

namanya si putih, kulit nya putih kekuning kuningan. bersih tiada noda kotoran mengaburi warna bulunya itu. selepas 151 musim aku jumpa ia kembali di suatu tempat yang jauh dari asal usulnya kerana ia suka berpindah randah walaupun hanya berumah satu warnanya itu tidak kabur. bahkan terang dengan warna warna baru yang menghiasi segenap celahan bulu bulu putih nya itu. mungkinkah kerana ekornya yang sederhana panjang yang selalu menyapu kotoran kotoran di segenap lorong lorong yang pernah si putih ini lalui?

tanda soal. itu yang si putih tinggal kan untuk amukan rakan rakan dan bonda tercinta yang tidak pernah faham atau adaptasi dengan cara hidup si putih ini yang penuh dengan warna warna tak sempurna. senada itu juga si putih mula mengiau bercerita dengan nada separuh nyaring nya.

dia selama ini selalu mengikut kata hatinya yang hanya mahukan keseronokan kemewahan kegembiraan kesenangan serta kduniaan. mahu tak mahu dia harus senantiasa mengikut berlalunya masa berlalunya segalagalanya. mewah segala galanya, mewah juga warna warna yang menodai bulu bulu putih nya. mewah juga warna dosa dosa nya. lalu si putih selalu mengeluh pada diri sendiri kata mahu sentiasa waspada dengan lembutnya nada si durjana musuh yang selalu membelai nafsu si putih. si putih berjaya. beberapa saat kemudian dia kalah. kerana ternampak beberapa biji frieskies di seberang jalan.

berlari lari si putih mengejar frieskies yang tidak seberapa banyak dan barang kali sudah di masuki angin dan asap asap lori lori sampah dan bau longkang yang tidak sesedap bau tumisan bawang di dapur. maka dia nekad lari dan lari. 8 langkah jumlahnya sebelum ia sampai setengah dari lintasan jalan itu. berjaya. lapan langkah seterus nya dia pasti kan masanya sempat untuk dia sampai ke sana dan sempat mengalas perut yang sedia ada kenyang dengan nasi di gaul ikan bilis mentah hasil simpanan ibunya berwarna putih juga. sebelum sempat si putih sampai, maka dengan itu dia terdengar satu dentuman kuat dari belakangnya. satu bunyi lumat sebiji tayar besar membaham tulang tulang halus yang ada pada kaki seekor kucing betina dewasa. siputih tergamam...ibunya parah di kaki. jari jemarinya luluh ibarat luluhnya hati seorang ibu apabila tahu akan anak gadis nya di rogol perogol durjana. si putih abaikan frieskies itu. katanya ibu lagi penting.

dua saat sahaja kemudian makanan itu di baham oleh seekor kucing jantan separuh umur yang tidak kemas bulunya tetapi berlagak. lalu terus pitam dan padam si kucing jantan itu. makanan itu beracun. lihat lah oleh si putih berapa kemalangan ngeri yang terjadi padanya. kalau ibu nya tidak di langgar mungkin dia yang akan dilanggar kerana tiada orang yang akan menolaknya. tidak pun dia mati keracunan kalau makanan itu tidak diambil kucing lain.

maka tertera lah pada pengajaran dalam hembusan terakhir ibunya. ibunya tidak menitiskan air mata bahkan gembira kerana anak nya selamat daripada maut. ibunya berbisik kerana tiada laratnya ingin berbicara dengan nada yang tinggi keranan daya itu hilang sebentar digilis tayar. ibu nya berpesan "jangan lah kamu wahai anak ibu yang tak pernah ibu amat kenali luarannya di kejauhan ibu di peralatkan musuh durjana yang sedang ketawa melihat ibu yang akan hilang kesakitan ini beberapa ketika lagi. kamu wahai putih..tidak pernah ibu tepis suara tangisan kamu yang ibu dengar setiap masa kamu masih ibu kenali dulu. jangan lah kamu tepis kan pula kasih sayang ibu ini kerana masa ibu sudah sampai...."maka baru lah perasan akan si putih bahawa ibunya sudah tiada lagi kerana habis tulang temulang kakinya direntap besi tertonjol keluar dari bawah tepi tayar itu. dua ekor kucing mati di hadapan mata siputih. masa itu jugalah si putih menyumpah kepada si lori, kepada musuh durjana nya, kepada dirinya. apa yang dapat?sumpahan sebagai doa pemergian ibu...si putih berdosa..lalu dirinya di rentap seorang makcik bergelar nenek kembali kerumah...mujur si putih tidak di gilis tayar motosikal..

maka hari itulah si putih ini belajar erti hidup ini tanpa adanya lagi si ibu

Friday, September 25, 2009

si budak kulam

adalah terciptanya suatu masa yang tidak lama dulu, yang mana muncul seorang hamba tuhan yang tak kurang lawa rupanya, yang tak kurang terletak hidungnya dan juga yang tak kurang terletak mata bulatnya. diari hidupnya dari kecil hingga dewasa hanya warna warni kanak2 ribena yang tiada gerigi gerigi besi serta mainan peluru besi sepertimana yang ada di afganistan dan palestin.
maka bila cukup umrnya bersekolah lah dia sambil selalu dihantar maknya menaiki basikal tua hasil titik peluh maknya menjaga sepupu sepupunya yang jauh lebih tua ketika belum lagi maknya berkahwin dengan bapanya.selalu gelak ketawa, kalau ada masanya gemar diam dibawah ketiak maknya, dan kalau ada masanya dia merajuk lari lari lah dia ke bawah timbunan baju baju yang disangkut tak jauh dari almari putih rumahnya yang ditukang oleh suami sepupunya yang baik hati dan selalu tolong mereka sekeluarga.

maka nama watak yang di sebut itu diberi ibu saudaranya sebagai Kulam.ada suatau hari Kulam diberi peluang untuk belajar jauh di sebuah kota raya yang tidak lah terlalu besar tapi sudah cukup besar baginya kerana rumahnya bukan tertempat di sebuah kota metropolitan yang amat gamat orang nya berpakaian serta bersosial sana sini.

di sekolah itu sepertimana kanak kanak lain Kulam pun berkawan lah dengan tidak kurang ramai kawannya.sehingga dia terbekas dengan nodaan dakwat merah pekat rakan nya bernama Mazim yang tersangatlah durjana perangai nya.maka tidak sempurnalah kain sutera putih kurniaan mak Kulam kepada Kulam kerana bekas yang tertinggal oleh dakwat merah pekat itu.

maka kemudian si Kulam ini pun berpindah lah ke kota yang lebih besar kerana cahaya nya lebih menghala ke sana. Kulam dihantar abangnya ke sana kerana dia tahu biar pun dia dan abangnya tidak lah serapat mana, tapi abang nya tetap sayang akannya kerana mereka semak dan seabah.

maka ditempat baru itulah Kulam mula semula berkawan dengan tidak kurang ramainya kawan.hari baru itu bermakna kawan baru yang akan menaghiasi diari baru Kulam pada masa itu. hampir beratus ratus hari kulam belajar baru lah kemudiannya muncul seorang kawan yang bagi nya amat lain dari yang lain kerana cahaya keikhlasan yang telah muncul tanpa ada daya paksaan.lalu mereka berkawaan lah dengan sangat rapatnya.nama kawan Kulam itu adalah Kalaf seorang yang sama umurnya dengan Kulam rupanya tidak kurang lawanya, tetapi badannya lebih besar dari Kulam. mereka berkawan lah sehingga ada suatu masa Kulam amat la rasa bersalah kerana bekas hasil dakwat merah pekat pada kain sutera putihnya itu masih ada dan belum mahu juga padam.

Kulam berasa bersalah pada Kalaf kerana sekarang mereka sudah berpisah jauh dari sebalik gunung berapi bertambah tambah beberapa jenis lautan yang tak kurang hebatnya dari segi saiz dan isi serta muka bentuk yang se akan akan ketulan ais dalam segelas sirap bandung.mereka berkawan juga, mungkin kerana mereka terlalu ikhlas bersahabat sehingga ikatan sahabat itu terlalu utuh.

pada Kalaf, Kulam ada pernah menyatakan rindunya yang teramat kerana sudah beratus ratus hari mereka tidak berjumpa kerana belum ada rezeki kurniaan Tuhan kepada mereka. Kulam selalu berdoa agar Kalaf sentiasa sejahtera, berjaya dan berjumpa di kemudian hari biar di tempat Kulam atau pun di tempat Kalaf.amin