Friday, August 13, 2010

+_+'

Dalam subuh yang samar samar, aku keluar memburu perkataan. Mencari satu persatu perkataan yang sehabis sesuai untuk aku tujukan tanpa ada bilah penghalang kata kata azimat ini. Namun, hari ini aku kira aku masih gagal. Kerana.

Tiada kerana apa apa, aku sendiri yang kalah mungkin dengan satu persatu perasaan yang datang bagai ombak lautan yang tidak pernah surut biar kecil atau besar. Hampir selalu aku simpulkan semuanya untuk penyudah yang aku bilang bilang galak warnanya, namun, semua terlerai di pantai fikiran yang sejenak belum matang.

Bukan siapa siapa, tiada kena mengena pun. Aku pasti. kerana ada yang belum cukup untuk aku melepaskan diri sendiri hingga ke tahap sebegitu mencabar. Ada sesuatu yang perlukan kesabaran aku sendiri sebelum aku menuntut kesabaran kau yang sudah layak dibarakan. Dan masa itulah aku selalu padamkan api api yang ada dengan embun yang aku tadahkan pada subuh aku keluar memburu.

Mungkin kerana aku lebih cintakan alam semula jadi.

3 comments:

  1. aku cinta jugak alam sekitar. sebab tu aku lebih suka naik kenderaan awam.

    ReplyDelete
  2. nawi.pesal tak boleh bukak fb kau. nak reply msg tak boleh.

    ReplyDelete
  3. eh? oh itu aku deactivate kejap itu hari..haha

    ReplyDelete