Tuesday, January 26, 2010

ku baca cerita manusia (1)

Kisah itu bermula di suatu hutan yang sangat misteri. Manusia jarang - jarang menjejakkan kaki ke dalam hutan tersebut kerana takut akan kegelapan yang menyelubungi hutan. "Hutan itu gelap pekat, lagi pekat dari kopi Mak Itam bini Pak Mail nun." Itulah kata yang sering didengar tatkala ada yang bercadang mahu memburu pelanduk atau apa binatang pun di hutan tersebut. Pernah suatu masa dahulu ada yang teringin mencebar kekuatan batin diri masuk ke hutan itu, namun gagal lalu mengalah hanya di pintu hutan tersebut. Khabarnya ada suatu perasaan yang jarang - jarang dirasa, suara yang jarang - jarang didengar, dan satu ingatan yang jarang - jarang dibayangkan. Lalu laki - laki terbabit pulang ke rumah ketakutan memaparkan satu perasaan yang membuatkan penduduk mana -mana pun takut hendakke hutan itu.

Hutan itu tidak bertuan, tidak juga bernama. Berpenghuni? Ramai orang sedar bahawa hutuan itu tidak berpenghuni, tetapi berhantu kata mereka. Apa mereka tahu? Berfoya - foya pada malam minggu di istana jajahan keturunan si jahanam pengkhianat raja satu masa dahulu. Hah, memang. Memang semua orang di situ tiada gunanya. Berduit tetapi tidak berharta, bermata tetapi buta, bersuara tetapi bisu, berdaya tetapi mati!

Jauh di dalam hutan yang dikatakan berhantu, berpuaka, berjembalang, dan berapa-apakah itu adanya satu puak yang tinggal. Satu puak itu tiada nama. Jumlah penduduk adalah sama dengan jumlah penduduk di sekelilingnya. Di sana sebenarnya terang benderang. Di sana ada tempat belajar, ada majlis - majlis ilmu, ada tempat beribadat, ada segala - galanya. Tetapi kenapa ramai takut ingin ke sana.

Itulah perkabaran jahil. Tidak tahu maksudnya. Mungkin manusia belum tahu isi tempat itu kerana cerita seorang abdi yang pengecut mengalah tanpa bermula. Tetapi, bukan pun aman penduduk hutan itu. Mereka seolah - olah sepi tanpa pengunjung, seolah - olah sepi tanpa kawan, tanpa manusia lain yang sudi berkongsi cerita atau sedikit jajan. Lalu, ada seorang kanak-kanak antara penduduk ini berdoa agar mendapat rakan. Rakan supaya dia tidak sunyi lagi.

Tuhan Maha mendengar doa nya. Lalu dengan takdir Tuhan itu, ada seorang lagi kanak - kanak sederhana kecil saiz badannya, sederhana umurnya, tetapi geliga otaknya, bedoa juga agar mendapat teman untuk berrmain. Bukankah dia ramai jiran sependuduk, atau sepatutnya bergembira selalu di malam minggu bersama teman - teman lain. Tidak, dia sebenarnya sunyi, hatinya tidak gembira dengan mainan - mainan bukan haknya katanya. Dia adalah putera bongsu pemerintah di situ. Dia tidak dibenarkan ke mana - mana selagi belum tamat belajar, atau cukup umur 17 tahun.

Satu malam itu.....

3 comments:

  1. ahahaha... mcm bace buku cerite kanak2 plak.. nawi copy paste manekah? meh nk teke citer lAmE ni, mesti arr die kawan ngan budk tu.

    ReplyDelete
  2. huhuhu hai nawa.bakat terpendam seyh

    ReplyDelete
  3. ending dpt agak.. haha

    Tp kisah ni cam klaka.. hehe..

    Orang tu tak tau,org kat kt sinun tu pun xtau.

    ReplyDelete