Sunday, November 29, 2009

kisah itu aku seru

ku lewati detik suratan waktu itu.
melayari segenap cahaya melintasi pilihan ketentuan hati yang samar-samar bertasbih.
maka terus terusan lah aku bertahan menanyakan kepada ku.
apakah aku itu aku.
apakah kamu itu kamu.
kerana belum pasti apa ingin aku atau kau sampai kan.
aku kembara.
aku merempuh apa pun.
biar mata samar-samar melihat.
dalam sedang memandu aku lena.
lena ditiup dingin nya embun subuh.
embun seram tanpa cahaya merah melihat.
embun dingin tanpa lembapan.
embun itu embun.
lalu kemudian aku kembali.
mencari sinar cahaya.
bukan bayang kegelapan menyelaputi hati.
bukan juga api mengaburi mata yang belum masak.
bukan juga asap yang mengaburi hati rapuh.
itu nur.
cahaya itu aku seru.
cahaya itu akucari.
namun apa jawapannya.
nur itu kasih.
kasih itu ada padanya.
aku selami tanpa rasa.
aku dalami tanpa daya.
aku seru tanpa suara.
aku dengar, dengar dengan nada hati berbicara.
habis.
aku tersentak dengan siulan.
siulan alam maya menjerit mengilai memecah realiti.
siulan itu bukan ku seru.
siulan itu belum pasti kepastiannya.
aku seru kembali.
kisah cahaya kasih itu.
dan lewat itu ku rasa kan.
aku mendamba kan kasih.
kasih dalam kisah.
kisah aku seru.

9 comments:

  1. tersimpul membaca. ouch. nawi nawi.

    ReplyDelete
  2. apakah? entahlah. ;)

    salam aidiladha asnawi.

    ReplyDelete
  3. moral of the story: JGN TIDUR TIME DRIVE!! nawi.... awat laa tak kejut kami kalao ngantuk. mekasih je la.

    hehe. kali ni akak bijak sket. paham dah =)

    ReplyDelete
  4. tu baru 1/10...byk lagi isi ayam lam citer atas neh

    ReplyDelete
  5. aaa..aku rasa aku belajar membaca dekat blog kau ni.apa pun aku tak faham.terima kasih lahhh en.nawi.

    kau ada talent lah!

    ReplyDelete
  6. talent buat org pening kepale!! ahahahahaha

    ReplyDelete
  7. eleh kak jojo...kalau sy citer mende simple pon kak jojo bkn phm...wahaha(gurao)

    FATAH...selamat aidiladha..

    ReplyDelete
  8. last last baru salam adidiladha kat aku.
    jadi, tak salah kalau aku sudah lupa suaramu.
    ohlala.

    ReplyDelete