Thursday, December 31, 2009

biografi seekor tikus

(sambungan)

Setelah penat mencuba lalu si Labu kuburkan sahaja harapan bersekolah nya. Dia serik kerana sudah beberapa kali nyawanya hampir diragut makkluk tuhan yg lebih besar. Lalu kerja sambilannya sekarang adalah menolong ibunya mencari rezeki untuk keperluan mereka sekeluarga. Akhirnya keperluan mereka stabil untuk beberapa bulan mendatang. Mereka dapat tempat tiggal yang selamat, dapat berteduh dari hujan panas, dan dapat melindungi diri dari pemakan dan musuh musuh mereka.

Bagi ibu si Labu, Labu masih lah anak kecil. Belum patut berkerja sebegini kuat untuk menampung keperluan makanan dan tempat tinggal mereka. Jadi, sementara si Labu tidur di malam hari, ibunya pergi keluar mencari makanan untuk keesokan hari nya. Alangkah sayangnya si ibu tikus ini kepada anaknya. Akan tetapi dalam kegigihannya itu, terselit demdam tidak berasas oleh kau kaum umat manusia yang lain. Biarpun mereka tidak punya kuasa apa apa. Namun mereka tetap tidak menyukai kaum Labu, lagi lagi ibunya. Kerana apa, kerana ibunya seorang pencuri. Kalau benarlah ibunya seorang pencuri, kenapa ia tidak ditangkap polis? Kenapa tidak dipenjarakan? Kenapa tidak dipotong tangan? Kenapa dibunuh terus? Kenapa manusia yang mencuri tidak di gam badannya? Kenapa manusia yang mencuri tidak di kurung dalam perangkap? Tidakkah itu tidak adil? Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, pasti boleh berfikir. Pasti dapat.

Lalu ada sampai masanya, ibu si Labu jatuh juga ke dalam tangan manusia. Dia terperangkap di dalam perangkap yang mengepit pinggulnya. Perangkap itu bergerigi dan ia diperbuat dari besi. Dengan daya seorang wanita bergelar ibu tunggal, Minah gigih kan hati dan kekuatan kerana dia tahu ada yang memerlukannya di rumah esok pagi. Kerana dia tahu akan tugasnya sebagai seorang ibu yang punya anak yang masih membesar.

Minah berjaya terlepas. Namun mungkin isi perut dan pinggul sudah hancur. Mungkin berfungsi, namun nyawa nyawa ikan. Darah mengalir dengan ligatnya, berlumba lumba mahu keluar dari tubuh Minah. masa ini, Minah hanya mampu kuatkan hati dan tangannya untuk mengesot sejauh mungkin menghala ke rumah. Dia kuatkan hati. dan hampir saja sampai di pintu rumah, maka muncullah seekor bidadari berwarna putih membawanya terbang. Minah berasa sangat selesa dan ringan. Namun dia menangis, apa yang dia nampak, Jasadnya yang hancur remuk, terbujur di hadapan pintu rumah.

Sekarang, dia hanya mampu berdoa untuk yang terbaik buat Labu. Supaya Labu tidak sedih. Supaya Labu akan cukup makanan. Kerana Labu bukan bersekolah, tiada siapa mahu ambilnya berkerja, melainkan di makmal perubatan. Kerjanya membunuh diri, atau bahan cubaan ubat dan virus. *tamat*

No comments:

Post a Comment