Tuesday, June 7, 2011

:)

sesungguhnya sabar itu indah.
yg cantik indahkan lagi dengan taqwa dan keimanan.
yg buruk, berusahalah untuk berubah.

percayalah seburuk mana muka kau pun,
kalau perangai kau baik, insyaAllah
Tuhan pun sayang, nabi pun syg, manusia dan sekalian makhluk pun sayang.

jgn nk bajet sgt
(',')

Saturday, February 5, 2011

crumple stones

Kisahkan pada manusia manusia yang sudi mendengar.
Cerita pahit tak tergambar dari dalam dalam hati yang tepu membeku.
Cerita yang ingin selalu digerak kan tidak bergerak.

Tapi
mungkin akan ada gunung yang akan bergerak
yang akan mendengar satu per satu bait bait pahit manis kisah tidak berlagu
akan ada perlawanan
teruskan
teruskan menolak
bukan tentang secepat mana
ia kerana usaha
itu emas
di seberang sana

Friday, January 14, 2011

s*mpah

adanya seorang kanak kanak umur tidak seberapa.
bercakap lantang tapi berfikir tidak.
segalanya hanya angan angan atas angin.
yang dibilang tidak dibetul betulkan.

lalu dengan segala angan angan dia berjalan jauh.
bahagia hingga satu puncak.
sampai puncak itu dia melihat.
melihat tapak tapaknya penuh kotoran.
penuh tumpahan darah.
dia lihat lagi tanah tanah yang rendah.
semuanya kabur.

kabur, semak, serabut.
apa lagi.semuanya.
satu pun dia tidak tahu.
apa yang dia tahu.
cakap.

Tuesday, December 7, 2010

bila mata berfikir

(+_+)

(-_-)

(^_^)

(@_@)

(*_*)

(=_=)

(0_0)

($_$)

(>_<)

(T_T)








...........penyudahnya mulut senyap

dan hari hari indah itu bermula
bila mata melihat sesuatu yang indah
mulut berkalimah sesuatu yang agung
dan fizikal berpegangkan sesuatu dgn suci.

bukan kerana mata.
mata itu tirai.
dan hati itu mudah lerai.
kurang pejal mungkin.

kuat kan hati.
kuat kan semangat.
kuat segala.
ada yang indah nanti.

Monday, December 6, 2010

bila atom tidak lagi berkalimah

satu neutron terhempas.
dan bintang itu tidak apa apa.
kalimahnya hilang.

pada satu unsur aku percaya bintang itu mati.
mati akalnya.
atau mati jasadnya.
atau hayat dia menjadi bulan.

kalau bulan ia akan lebih indah.
dan teori ini belum salah.
atom atom bulan itu.
satu satu dari merekah sangat kaya.
kaya dengan kalimah agung.
tetapi.mana keagungannya.

mungkin kerana atomnya.
atomya tidak lagi berkalimah.