Saturday, July 23, 2011

kuih kuih terbuang

Berbekalkan beberapa keping duit merah, pergilah si polan ke pasar malam. Berhajat besar mahu mencari dan membeli 'telinga keling' kesukaannya. *katanya*. Dan dia menunggang motosikal bapanya ke sana kerana tidak berwang memiliki motosikal, basikal pun sudah ranap. kesian.
Sampai, maka si polan pun berpusing-pusing mencari apa hendak dibeli. Eh, katanya hendak mencari telinga keling? tiga orang keling, lima orang keling. ungkin tidak berkenan dengan telinga mereka. Aduh, ini sudah gawat jika kiranya si polan ini belum ketemu sama telinga cariannya.
Rupanya, tiada telinga keling di cari. Lalu dilangkah lagi kakinya yang kurus mencari penyedap perutnya yang lapar itu, ah, nasi dagang habis. Kecewa. Ah, telinga keling* tiada. Ah, semuanya habis. Lalu dia beratur di gerai murtabak Midin Taiping sambil menelan air liurnya. "Ouh, lame benor nunggu nyer..cepat le aih" kata si polan sambil menjeling makcik yang cuba memotong barisan. Brengset kata indonesia.
Dan jalan lagi. Sama, dengan kaki yang juga kurus. Sekarang kembali ke kedai nasi dagang yang sudah habis tadi. "Kuih ape tu kak?" muncungnya ke arah bekas berisi dua lapisan hijau dan putih dan segumpal pulut ber'kaler' merah.... . . . . . . si polan lupa namanya, *walaupun diberitahu.
Tidak mengapalah, dan teruskan berjalan tanpa hala. Maka petai dibeli tiga ikat, bukan ikat sanggul, sotong segar sekilo, *limabelasringgitsangatmahal*, cakoi, daun sup daun bawang untuk mak si polan, dan peha ayam tiga ketul untuk abangnya.
"hmm, indahnya manusia punya ramai. Tiada gaduh-gaduh, tapi semua lapar" si polan seronok. Oleh kerana hari pun semakin gelap, oh ya, 'ketiow' goreng tiga bungkus lupa disebut. Marah si polan nanti, maaf ya lan**.
Dan hari pun semakin gelap, si polan pun pulang ke kampungnya. Dan makan apa yang ada, sambil menunggu abangnya pulang.


selepas sehari, kuih hijau putih tidak di habiskan. Terbuang, dan lan di marah emaknya.


*peneram
**si polan

Wednesday, July 20, 2011

apa yg terfikir hari ini

"OMG, I'm 21..it's almost 30.aarrghhhh!!"



LMFAO -.-'

Tuesday, June 7, 2011

:)

sesungguhnya sabar itu indah.
yg cantik indahkan lagi dengan taqwa dan keimanan.
yg buruk, berusahalah untuk berubah.

percayalah seburuk mana muka kau pun,
kalau perangai kau baik, insyaAllah
Tuhan pun sayang, nabi pun syg, manusia dan sekalian makhluk pun sayang.

jgn nk bajet sgt
(',')

Saturday, February 5, 2011

crumple stones

Kisahkan pada manusia manusia yang sudi mendengar.
Cerita pahit tak tergambar dari dalam dalam hati yang tepu membeku.
Cerita yang ingin selalu digerak kan tidak bergerak.

Tapi
mungkin akan ada gunung yang akan bergerak
yang akan mendengar satu per satu bait bait pahit manis kisah tidak berlagu
akan ada perlawanan
teruskan
teruskan menolak
bukan tentang secepat mana
ia kerana usaha
itu emas
di seberang sana

Friday, January 14, 2011

s*mpah

adanya seorang kanak kanak umur tidak seberapa.
bercakap lantang tapi berfikir tidak.
segalanya hanya angan angan atas angin.
yang dibilang tidak dibetul betulkan.

lalu dengan segala angan angan dia berjalan jauh.
bahagia hingga satu puncak.
sampai puncak itu dia melihat.
melihat tapak tapaknya penuh kotoran.
penuh tumpahan darah.
dia lihat lagi tanah tanah yang rendah.
semuanya kabur.

kabur, semak, serabut.
apa lagi.semuanya.
satu pun dia tidak tahu.
apa yang dia tahu.
cakap.